Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 06, 2010

MACAM SAMA KAT KOMTAR JER ... APASAL TAKDE ORANG DEMO???

Penganjur rampas barang jualan RM100,000     

KUALA LUMPUR: Ditindas dengan sewa tapak gerai sehingga RM500 sehari tidak menggugat kesabarannya. Namun, dia tidak dapat bersabar lagi apabila barangan jualannya dirampas pihak penganjur tanpa sebarang notis.

Nur Afny Rizal, 27, yang menjalankan perniagaan pakaian di tapak promosi jualan Plaza Bukit Bintang lebih lima tahun, turut kerugian selepas tidak dapat menjalankan perniagaan selama dua hari kerana barangan jualannya dirampas dan disimpan di tempat yang tidak diketahui, pagi kelmarin. Menurutnya, penganjur bertindak sedemikian kerana mendakwa dia tidak membayar sewa tapak, sedangkan dia sudah membayar RM4,000. “Ketika datang ke tapak gerai pagi Selasa lalu, saya terperanjat apabila mendapati semua barang jualan bernilai hampir RM100,000, lesap.

 “Apabila ditanya kepada peniaga lain, mereka beritahu barangan saya diambil penganjur. Tindakan ini tidak adil dan saya kerugian hampir RM2, 000 sehari jika tidak berniaga,” katanya. Tindakan penganjur seolah-olah menganaktirikan peniaga tempatan kerana dipaksa berniaga di atas tapak lot yang mahal untuk promosi 48 hari. “Selama berniaga di sini, bermacam bentuk diskriminasi saya terima. Daripada kadar sewa tapak yang tidak munasabah sehinggalah suasana ruang niaga yang tidak ubah seperti pasar jalanan di Jalan Petaling.


“Sepatutnya peniaga seperti saya diberi kuota Bumiputera. Tetapi, sebaliknya saya dilayan lebih teruk dari warga asing yang turut berniaga di tapak ini,” katanya.

Menurutnya, peniaga warga asing di situ bukan saja menimbulkan masalah apabila menawarkan barangan yang sama dijualnya pada harga terlalu rendah, tetapi turut ‘memancing’ pelanggannya secara paksa.


Nur Afny berkata, penganjur menyediakan 44 ruang niaga di plaza itu dan selain dirinya, ada tiga lagi peniaga Bumiputera mencari rezeki di situ.



“Apa yang menyedihkan, Uda Mall Sdn Bhd (Uda Mall) yang memiliki kompleks ini seperti tutup mata walaupun sudah banyak kali aduan dibuat. Sampai barangan jualan saya dirampas penganjur pun tidak dipedulikan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Uda Mall, Salamah Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan penuh bagi mencari jalan penyelesaian kemelut berkenaan.


Katanya, mereka perlu meneliti terlebih dulu aduan peniaga terbabit serta berhubung dengan pihak penganjur yang diberikan tanggungjawab terhadap tapak promosi berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

2 comments:

pakwe keazamanmalaysia said...

cuti dipabali la..

mahaza said...

cuti deepavali tu eee....

Cerita Dolu Dolu