Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 04, 2010

MISTIK.. TGANU GAK LAGI.... MINTAK BATU AKEK JER LA...

Dipanggil puteri telaga puaka 


BESUT – Bingung dan tidak masuk akal. Begitulah keadaan tiga buah keluarga di Kampung Beliku, Hulu Besut yang buntu apabila sepuluh kanak-kanak dan remaja perempuan keluarga tersebut secara tiba-tiba hilang ingatan dan berlari serentak menuju ke sebuah telaga kaki bukit berhampiran yang tidak digunakan lagi. 



Tambah mencemaskan, gadis sunti itu bertindak sedemikian lebih 10 kali sehari bertujuan ingin terjun ke dalam telaga tersebut. 



Kejadian itu berlaku sejak tiga minggu lalu, pada mulanya beberapa kanak-kanak dan remaja perempuan berusia lima hingga 19 tahun dari tiga keluarga diserang penyakit ganjil dan mereka kemudiannya berlari ke telaga berkenaan yang dimiliki ibu kepada salah seorang bapa mangsa, Zulkifli Ibrahim, 45. 



Menurut Zulkifli, telaga berkenaan dimiliki ibunya yang tinggal bersebelahan rumahnya. 



"Telaga itu tidak digunakan sejak dua tahun lalu kerana kawasan ini sudah dibekalkan dengan kemudahan air paip," katanya. 



Katanya, kejadian yang menimpa empat anaknya dan enam lagi anak abang dan jirannya yang seperti diserang histeria itu amat mencemaskan. 



“Mula-mula sekali anak perempuan saya yang diserang penyakit misteri ini, Siti Nor Atiqah, 14, iaitu kira-kira empat bulan lalu sebelum merebak kepada anak saya yang lain dan anak abang saya, Fauzi. 



“Apabila mendapat rawatan bomoh anak saya yang sakit misteri selama sebulan (empat bulan lalu) sembuh sebelum diserang semula peringkat kedua dan ketiga sejak tiga minggu lalu," katanya. 



Kali ini katanya, lebih ramai mangsa terlibat apabila keluarga jiran saya Ibrahim Daud, 38, turut menerima nasib sama. 



Kata Zulkifli, pada peringkat awal, semua mangsa tiba-tiba berasa ketakutan dan menggelupur kesakitan selama beberapa minit ataupun hingga 30 minit sebelum kembali normal. 



Bagaimanapun katanya, dua minggu kemudian keadaan mangsa berubah, selepas mengalami ketakutan secara tiba-tiba semua kanak-kanak terlibat akan berlari serentak menuju ke bukit berdekatan kononnya mereka mendakwa ada ‘puteri’ yang memanggil. 



“Apabila mendapat rawatan bomoh, mereka tidak lagi berlari ke arah bukit sebalik berlari ke arah jalan raya yang terletak 100 meter dari rumah semua mangsa. 



“Pada minggu lepas secara tiba-tiba semua mangsa berlari serentak ke dalam sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah dan apabila sampai di situ mereka jatuh selonggok di satu tempat dalam keadaan lemah serta tidak sedarkan diri,” beritahu Zulkifli yang kelihatan letih kerana terpaksa berjaga dan berkawal sepanjang masa sehinggakan dia mendakwa makan dan tidur tidak menentu. 



Kata Zulkifli, dia terpaksa meminjam sebuah lori kecil bagi membawa mangsa di ladang kelapa sawit itu untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. 



Menurutnya, kejadian tersebut agak misteri dan sukar diterima akal kerana sekiranya salah seorang daripada mereka diserang penyakit itu secara serentak mangsa lain yang berada di dalam rumah berasingan akan berlari ke arah yang sama. 



“Kami memerlukan bantuan jiran tetangga untuk mengawasi kanak-kanak ini dan menghalang mereka daripada terjun ke dalam perigi yang agak dalam itu. 



“kejadian serentak dan mereka yang terbabit berlari laju untuk terjun telaga pasti memerlukan ramai orang untuk mengawal. 



"Keluarga yang terlibat dengan kejadian misteri ini memerlukan kawalan 24 jam, mujurlah rakan dan saudara mara datang membantu,” katanya risau sekiranya ada mangsa yang terlepas dan terjun ke dalam telaga. 



Kanak-kanak paling muda yang diserang ialah Nurul Aliya Sazlin berusia 5 tahun, iaitu anak Ibrahim malahan isteri Ibrahim juga diserang penyakit tersebut tetapi hanya beberapa hari saja. 



Ibrahim berkata, keluarganya dan dua keluarga lagi begitu tertekan dengan masalah itu memandangkan kejadian kanak-kanak itu berlari ke telaga kadang-kadang berlaku pada waktu malam dan awal pagi. 



“Kami sekeluarga tidak boleh lalai, pada waktu malam rumah kena betul-betul berkunci kerana jika berlaku pada waktu malam sukar untuk menghalang mereka yang berlari serentak,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu