Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 01, 2010

LU SAPA? TAHU MAKNA "BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI?"

Apabila seseorang itu dikatakan pembohong sebelum dia ditendang bahkan mengaku pula berbohong, banyak kali pula.... kalau betul pun tak siapa akan percaya. Tahu cerita ' The Boy Who Cried Wolf! '? Dan sebagai penganalisa politik, ada title Dr pula, kira analisa yang mantap agaknya? Bak kata Hisham Rais - Professor Kangkong.


Pas perlu kaji kedudukan 

KUALA LUMPUR - Pas dicadangkan supaya mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika apa yang didedahkan seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa ada perjanjian sulit antara DAP dan PKR yang mengetepikan parti itu.: 

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, berkemungkinan apa yang didedahkan oleh anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang sebelum ini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu, terdapat kebenaran. 

Beliau berkata, kenyataan Zulkifli itu perlu dilihat secara serius oleh semua pihak dalam pakatan pembangkang dan barang kali kesahihan pendedahan itu perlu diteliti PKR, DAP dan juga Pas bagi membolehkan kebenaran tersebut dicari dan Zulkifli tidak dilihat hanya mencari populariti. 

“Pas juga perlu melihat balik perjanjian di antara mereka kerana ia dikhuatiri boleh memberi kesan kepada Pas pada pilihan raya umum yang akan datang,” katanya kepada pemberita, semalam. 

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, Pas seharusnya sedar bahawa parti itu boleh berdiri sendiri tanpa membentuk pakatan dengan PKR dan DAP berikutan mempunyai keanggotaan yang cukup ramai berbanding kedua-dua parti itu. 

Beliau juga berpendapat, sekiranya dakwaan itu tepat dan benar, maka peluang pakatan pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan berjaya. 

“Rakyat akan melihat bahawa pakatan yang dikatakan sepakat ini sebenarnya pakatan palsu, dan bersama hanya untuk kuasa tanpa mempunyai matlamat yang sama,” katanya. 

Mengenai perjanjian sulit itu yang memberikan DAP kuasa bagi Pulau Pinang, Sivamurugan berkata, sekiranya benar, ia dilihat akan mencabar peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Saya juga melihat ini akan memberi kesan kepada perpaduan antara kaum jika kuasa autonomi ini diberikan,” katanya. 

Khamis lepas, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan Pas untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

Beliau mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut dan turut menawarkan kuasa autonomi kepada DAP ke atas Pulau Pinang. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu