Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 03, 2010

HARAM BAGI DUIT ZAKAT PADA MUALAF ROPANYA?

Sebelum tu yang ini? Dari Merdeka Review. Ini takpe sebab duit penat lelah kot. SPR tak nak amik tindakan.

SPR teliti tindakan Nik Abdul Aziz beri wang kepada Orang Asli

GUA MUSANG 2 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti sama ada tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di Lojing, semalam melanggar Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Bagaimanapun Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa menyiasat atau mengambil tindakan ke atas Nik Abdul Aziz sekiranya kes tersebut benar-benar berlaku.
Sebaliknya, kata beliau, hanya polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk menyiasat atau mendakwa mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan.
"Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sekiranya memberi wang kepada para pengundi untuk memancing undi.
"Bagaimanapun, dalam kes ini, kita perlu lihat apa tujuan wang tersebut diberikan dan siapa penerimanya.
"Jika penerimanya adalah pengundi, ia menjadi satu kesalahan dan terpulang kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Musryidul Am Pas menyampaikan sumbangan berkenaan kepada beberapa pemuda Orang Asli selepas mengislamkan mereka pada Majlis Mesra Rakyat bersama Menteri Besar di Pos Sandrop semalam.
Ia merupakan sebahagian program sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan Khamis ini.
Pada majlis tersebut juga beliau turut menyampaikan kira-kira 75 sijil penyertaan projek perumahan berkelompok kepada masyarakat Orang Asli di situ.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan calon Pas bagi pilihan raya berkenaan, Dr. Zulkefli Mohamed.

No comments:

Cerita Dolu Dolu