Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 31, 2010

PAS HINA PENGUNDI. KALAU AKU, TAK PANGKAH PAS..... DUIT NAK...

Mintak maap kata, aku setuju dengan Timb Penbgerusi SPR (walaupun kalau BN dia mungkin menikus tak keluar suara). 
Hak mengundi ada KEWAJIPAN pengundi. Jika pengundi hendak melaksanakan kewajipannya dia harus balik dan mengundi dengan mengambil cuti dsbnya tanpa memikirkan apakah imbuhan yang akan dia dapat (segera) jika dia balik.
Jika keadaan menyebabkan dia tidak dapat balik kerana tinggal jauh, membayar wang 'upah' balik mengundi memang tidak seharusnya dilakukan kerana pengundi sebaik-baiknya menukar tempat pembuangan undi apabila telah bermastautin agak lama disuatu tempat.
PAS FAIL KALI INI DAN AKU HARAP PAS KALAH DI GALAS.....
N45 Galas: Habuan RM250 Menyalahi Peraturan Pilihan Raya
GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.
"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.
"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.
Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.
"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.
"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.
Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

4 comments:

Anonymous said...

penyakit rasuah2 politik ni dah bejangkit2 sampai ke PAS plak dah...ish...sapa punya idea la ni weiiiiii

Anonymous said...

penyakit rasuah2 politik ni dah bejangkit2 sampai ke PAS plak dah...ish...sapa punya idea la ni weiiiiii

cicit ngah layor said...

Macam maner pulak dgn rombongan balik kampong untuk mengundi yg dianjurkan olih ketuer pemuder soghang tu pader PRU 12 dulu.Naik bas free org Kelantan...maser tu.Ader ker aper2 ulasan dr org kuat ni??? Cakap siang,pandang2,cakap malam dengor2 kater org tuer2.Kalau buat kenyataan tu, bior ler adil.

mahaza said...

Cicit Ngah Layor. Timakasey.... dulu pun aku tak setuju gak.... mana-mana pun aku tak setuju tak kira lah ... cuma bila penyakit ni dah berjangkit ke PR... waspadalah.....
kenapa ada sikap bila dia takleh, bila kita takpe?... sama lah dgn ISA, bila kita suh mansuh, bila dia memang patut (macam cdgn suh Soi Lek ditangkap ISA)
Sebab tu perlu perubahan sistem pemilih samada pendafataran secara komuniti atau pendaftaran melalui mykad..... pendaftaran secara komuniti mungkin sukar tetapi bermakna penduduk yang kerap pindahrandah harus mendaftar pada kariah dan pengundian juga melalui kawasan poenempatan.

Wallahua'alam.

Cerita Dolu Dolu