Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, November 05, 2010

TIAP KALI ADA MACAM NI... APA JENAMA? NTAH...

Kilang tiada sijil halal sah 


KUANTAN - Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Orang Islam Negeri Pahang mengesan sebuah kilang roti di kawasan perindustrian Indera Mahkota yang menggunakan perkataan halal sendiri (self-declaration) tanpa mendapat perakuan dari mana-mana pihak berkuasa agama yang diiktiraf. 

Operasi kali kedua ke kilang roti itu bagaimanapun mendapati pengusaha masih berdegil dan tidak mengendahkan nasihat yang diberikan sewaktu operasi pada kali pertama pada awal tahun ini. 

Semasa lawatan kali pertama pada awal tahun, pihak jawatankuasa menasihati pemilik kilang tersebut supaya menggunakan pekerja beragama Islam sebagai pengendali, tetapi sehingga kini ia tidak dipatuhi malah terus menggunakan kalimah halal. 

Kilang roti yang cukup popular membekalkan pelbagai jenis roti terutamanya roti burger ke seluruh negeri Pahang dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya. 

Bagaimanapun, perkataan halal di dalam tulisan jawi tersebut dipercayai digunakan untuk menarik perhatian pengguna terutama pengguna beragama Islam selain mendapati aspek kebersihan semasa pengendalian makanan tidak dititik beratkan. 

Penolong Pegawai Unit Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Norziana Borhanudin berkata, pihak jawatankuasa telah menasihatkan pemilik kilang tersebut untuk mendapatkan pekerja beragama Islam. 

Menurutnya, jawatankuasa juga berpendapat bahawa tidak wajar perkataan halal digunakan kerana ia boleh mengelirukan pengguna khususnya yang beragama Islam. 

“Dalam operasi yang dilaksanakan baru-baru ini mendapati kilang tersebut tidak mempunyai pekerja yang beragama Islam, sedangkan syarat untuk mendapatkan sijil halal adalah mempunyai sekurang-kurangnya dua pekerja beragama Islam di bahagian pemprosesan. 

“Halal bukan semata-mata merujuk kepada status ramuan yang digunakan, malah turut juga merujuk kepada pelbagai aspek yang lain antaranya terdapat pengendali yang beragama Islam serta aspek amalan kebersihan semasa memproses. 

“Pihak kami juga mendapati kilang tersebut mempunyai Sijil Halal Swasta yang tamat tempoh malah sijil halal swasta tersebut, sama sekali tidak pernah diiktiraf oleh pihak Jaip dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya. 

Operasi berkenaan melibatkan lapan anggota yang terdiri daripada wakil Majlis Perbandaran Kuantan, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang serta Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan Abdul Manan mengingatkan agar mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya menggunakan kalimah halal tanpa kebenaran pihak berkuasa agama. 

“Mereka yang berhasrat untuk menggunakan kalimah halal, dikehendaki menggunakan saluran yang betul iaitu memohon sijil pengesahan tanda halal daripada pihak Jaip sekali gus melayakkan mereka mengguna pakai logo dan sijil halal yang diiktiraf. 

“Jaip kesal kerana masih terdapat pengilang produk makanan di negeri ini yang masih belum peka dengan keperluan dan kepentingan sijil halal,” katanya.

1 comment:

AzizMostafa said...

Halal?!
http://typophile.com/node/53099?page=2#comment-322450
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

Cerita Dolu Dolu