Update entry sebelum ini DISINI
Dinar emas: Perak susuli langkah Kelantan
November 02, 2010
KUALA LUMPUR, 2 Nov – Perak akan menjadi negeri kedua di negara ini menyediakan dinar emas dan dirham perak yang bertujuan mempelbagaikan penyimpanan kewangan rakyat.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penyediaan matawang tersebut akan dilakukan dan perbincangan mengenainya telah pun dibuat dua tahun lalu.
"Kita juga dalam proses untuk mengeluarkan (matawang) itu, supaya boleh menjadi satu asas untuk simpanan rakyat," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Persidangan Riba Sedunia di sini hari ini.
Beliau berkata penyediaan sepenuhnya matawang tersebut akan dibuat sebaik semua proses dari segi rakabentuk dan sebagainya siap.
Proses menempa rekabentuk awal matawang tersebut telah dibuat di sebuah syarikat di negeri itu, katanya.
Ditanya sama ada penyediaannya akan mengikut model yang diperkenalkan di Kelantan pada 12 Ogos lepas, Zambry berkata negeri itu akan menggunakan pendekatan yang berlainan.
"Sebenarnya kita yang memulakan dahulu dari segi perbincangan dan juga proses, tetapi Kelantan telah memperkenalkannya terlebih dahulu, tetapi apa jua kerja baik tak apalah, mungkin kita akan gunakan pendekatan-pendekatan yang lain," katanya.
Namun Zambry berkata pelaksanaannya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara dan Bank Negara.
"Apa-apa pun yang kita buat jangan sampai bercanggah dengan undang-undang dan peraturan," katanya.
Terdahulu ketika berucap menutup persidangan itu, beliau berkata Perak telah mengiktiraf bahawa emas merupakan satu simpanan nilai yang baik.
Beliau percaya bahawa oleh kerana emas telah memainkan peranan sebagai wang di seluruh dunia, nilainya dijangka meningkat ketika ada krisis.
"Dengan membuat simpanan mereka dalam emas dan perak, orang ramai boleh melindungi nilai simpanannya daripada susut nilai.” – Bernama
3 comments:
salam semua,
mat black ni dah tak keruan sebab rakyat perak masih tak menerimanya sebagai mb yang sah! nasib badan ler tu.
Banyak lagi perkare yg Peghak buat dulu daghi Kelantan.. 1.Cuti duer haghi seminggu,Peghak buat dulu.. 2.Cuti beghanak,Kelantan dah luluihkan..tapi Peghak dah dikuatkuaserkan duer tahun lepaih. 3.Kilang budu moler2 dibuat ditelok nipah,lepaih tu baghu Kelantan buat. Cakap tak jatuh...
teluk nipah? teluk ensen dulu la yang buat.... kat belakang rumah asap kat batak rabit
Post a Comment