Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 02, 2011

MEMANG HARGA MINYAK (RON 97) TAK PATUT NAIK.

Kita boleh menerima penjelasan Menteri bahawa harga RON97 telah diapungkan dan menurut pasaran minyak mentah dunia. Bermakna jika harga minyak mentah dunia naik, RON97 akan naik juga dan jika minyak mentah dunia turun, RON97 akan turun. TURUN?

Sehingga kini saya belum jumpa harga minyak mentah dipasaran seperti yang dimaklumkan oleh Tuan-tuan Penasihat iaitu USD 105/b. Adakah Malaysia menggunakan Pasaran Hadapan yang cacamarba? Ini kerana FTI yang saya perhatikan SEKARANG berada pada paras USD 92 ~ USD91. Adakah Malaysia membeli minyak mentah pada harga USD 100 ~ USD 105 tetapi menjualnya dengan harga USD 90 ~ USD 92? Macam pernah dengar kisah ini tetapi bagaimana kita hendak dapat tahu kerana maklumat akaun PETRONAS dibawah OSA dan bukan WAJIB diwartakan untuk pemegang saham. 

Tapi amat menghairankan adalah semasa kenaikan pada awal tahun JAN 2011 kenaikan dikatakan kerana harga minyak berlegar disekitar USD 89 dan jika dilihat dari harga OPEC dari hujung DEC 2010 hingga awal JAN 2011 MEMANG harga purata USD 89. BAGAIMANA pula begitu? Jika penjelasan dituntut dari PETRONAS mahupun dari MENTERI yang bertanggungjawab saya rasa KITA TAK MUNGKIN mendapat jawapannya - OSA?


Anwar Ulangi Turunkan Harga Minyak Jika PR Tawan Putrajaya
01/02/2011   
Share
 


GOPENG 1 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi janji bahawa minyak petroleum akan diturunkan hanya sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Umum PKR itu berkata dalam ceramahnya di Gopeng semalam bahawa alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya membantu rakyat miskin dengan mengurangkan harga minyak dan barangan lain tidak berasas sama sekali.
Semalam kerajaan secara mengejut mengumumkan kenaikan petrol RON97 sebanyak RM0.10 sen menjadikan harganya RM2.50 sen. Ini merupakan kenaikkan kedua bahan api berkenaan bagi tahun ini.
"Kalau Allah takdirkan kita menang, masuk Putrajaya, saya ulang, hari ini masuk Putrajaya esok harga minyak turun seluruh negara," tegas beliau diikuti sorakan gemuruh daripada hadirin.
Dalam ceramah umum yang dibanjiri dengan kira-kira dua ribu hadirin, beliau menjelaskan keuntungan yang diperoleh oleh dari jualan hasil petroleum sahaja mencecah RM70 ke RM80 bilion setahun dan ini dapat digunakan untuk mengurangkan harga minyak hanya sekiranya hasil ini diuruskan dengan bijak dan adil.
Katanya, tidak logik sama sekali Najib membandingkan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura kerana Singapura bukanlah negara pengeluar minyak petroleum.
Anwar menjelaskan, inilah antara sebab beliau mengajak Perdana Menteri untuk berdebat berkenaan 'Buku Jingga' Reformasi 100 Hari PR yang dicemuh oleh Najib sebagai karut.
"Saya nak tanya, pasal apa harga minyak naik? kalau dia (Najib) kata Singapura, saya akan kata, banding Malaysia dengan semua negara-negara pengeluar minyak, mana-mana negara pengeluar minyak, Iran, Arab Saudi, Venezula, Qatar, Brunei, sebut mana ada satu negara pengeluar minyak, harga minyak mahal macam Malaysia, tak ada!" kata beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata, kenaikan harga boleh dijustifikasikan sekiranya Malaysia bukannya pengeluar minyak.
"Kalau negara tak ada minyak, dan kata minyak naik tak ada apalah; (Menteri kata) Singapura pun naik, menteri bodoh cakap macam itu," kata beliau lagi.

1 comment:

Anonymous said...

yaaa.....
sume menteri kat malaysia bodoh....
x beragak nk tipu rakyat

Cerita Dolu Dolu