Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 01, 2011

HARGA MINYAK MENTAH DUNIA MANA YANG MALAYSIA GUNA?

Mungkin saya sudah silap? saya meletakkan harga minyak disebelah kanan blog untuk pemantauan mudah dan belum pernah mencecah USD100 pun bagi tempoh 2 minggu ini. Malaysia menggunakan harga pasaran berlainan kah? Paling pelik kenaikan dikatakan kerana harga minyak naik dari USD100 kepada USD105. Semasa saya menaip ini harganya adalah USD92. Kalau ikut harga OPEC pun paling tinggi naik semalam Isnin diparas USD100.88, tertinggi semenjak 2008. Sefaham saya harga RON97 dinaikkan pada JAN 2011 kerana harga minyak dunia pada paras USD89 sebab itu naik RM0.10. MAGIC apa KERAJAAN pakai agaknya? Malas nak cerita fasal keuntungan PETRONAS kemana dibelanjakan pula? Untuk FLOM?

Harga petrol RON97 naik 10 sen

01/02/2011 2:53am

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.
Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.
Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.

No comments:

Cerita Dolu Dolu