Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 30, 2011

PM TAK PERCAYA JOHOR SEBAGAI TONGGAK UMNO /BN LAGI

PM mahu Pahang jadi tunggak kejayaan BN

KUANTAN 29 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) Pahang terus menjadi penyumbang besar terhadap kejayaan parti itu dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan.
Perdana Menteri menegaskan, bagi mencapai matlamat itu, parti-parti komponen dalam BN negeri perlu mengetepikan perkara remeh-temeh yang boleh melemahkan kekuatan parti.
Sebaliknya tegas beliau, semua parti komponen dalam BN negeri perlu berganding bahu memantapkan perjuangan membela rakyat untuk berdepan dengan pembangkang.
''Ini kerana golongan pembangkang adalah musuh kita yang sebenar," katanya dalam perutusan buku cenderamata Konvensyen BN Pahang yang dikeluarkan di sini hari ini.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen itu dilihat mampu meningkatkan lagi semangat bekerja di kalangan pemimpin dan anggota BN sekali gus memperkukuhkan kesepakatan bagi memastikan perjuangan parti terus diterima rakyat.
Beliau memuji tindakan proaktif BN Pahang yang mendahului negeri-negeri lain mengadakan konvensyen tersebut.
''BN Pahang berjaya menganjurkan konvensyen selepas hanya dua bulan BN Pusat menganjurkan konvensyen di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada awal bulan lalu," katanya.
Penganjuran konvensyen tersebut, kata Najib, membuktikan komitmen BN Pahang untuk menjayakan segala saranan parti di peringkat Pusat, dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-galanya.
Sementara itu, menerusi perutusan sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu hasil konvensyen tersebut dapat memantapkan lagi BN negeri dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
''Banyak yang dibincang dan dibahaskan pada konvensyen ini. Namun apa pun yang dibincang dan dibahaskan, pada analisis terakhir tentulah bertujuan memantapkan lagi kekuatan BN negeri," katanya yang merupakan Timbalan Pengerusi BN.
Beliau tidak menafikan BN Pahang merupakan antara yang terbaik di negara ini berdasarkan kejayaan cemerlangnya pada pilihan raya terdahulu.
''Dengan menganjurkan konvensyen ini, keupayaan BN negeri dapat dilonjak dan dikekalkan momentumnya sehingga tiba pilihan raya umum akan datang," katanya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi BN negeri memberitahu, kali terakhir BN negeri mengadakan konvensyen adalah pada 2002.
Menurutnya, kira-kira 2,000 perwakilan daripada parti-parti komponen meliputi UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) terlibat dalam konvensyen kali ini.
''Selari dengan peredaran zaman, kita tidak boleh terus menerus bersandarkan pada kaedah lama yang mungkin tidak lagi sesuai. Oleh itu, kita harus berubah dalam beberapa pendekatan yang diambil," tambahnya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu