Proton Tandatangani MoU Dengan Nissan
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Nissan Motor Co. Ltd (Nissan).
Syarikat kereta Jepun itu (Nissan), terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan, kejuruteraan, manusia, pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk berkaitan, termasuk aksesori, alat ganti dan komponen-komponen lain.
MoU itu akan merintis jalan bagi kajian kemungkinan dijalankan mengenai bidang-bidang kerjasama khusus antara kedua-dua pihak.
Ini termasuklah potensi menggunakan platform dan rangkaian kuasa Nissan, kata Proton dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Tempoh kajian kemungkinan itu bermula dari tarikh MoU itu ditandatangani dan berakhir pada 30 April, 2011 atau apabila perjanjian yang mengikat dari sudut undang-undang dilaksanakan, yang mana lebih awal, melainkan dilanjutkan melalui perjanjian bertulis oleh kedua-dua pihak. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment