Adik saya telah memberitahu dan menjangka tempoh saman diskaun akan dilanjutkan. Isu terbesar yang ada kami bincangkan, jika pemandu yang tidak membayar saman terutama saman ekor dan tidak pernah mendapat perintah mahkamah disenaraihitam (blacklist) dari membaharui lesen atau cukai jalan mengambil tindakan menyaman kerajaan - polis atau JPJ bagaimanakah tindakan kerajaan/mahkamah agaknya kerana tiada hak/akta untuk menghalang JPJ dari menyenaraihitamkan tanpa kelulusan mahkamah. BUKAN IKUT SUKA MAK BAPAK. Saya? bayar ajerlah - malas nak pikir banyak-banyak.
Seperti ada satu kes mahakamah bagi kes kesalahan jalanraya. Pemandu membuat pusingan U ditempat yang tidak dibenarkan tetapi pendakwa mendapat teguran dari hakim benda paling mudah yang kadangkala pengamal undang-undang juga terlepas pandang - soalan hakim - adakah kawasan tersebut kawasan mempunyai had laju yang ditetapkan (Oh! Rupanya tempat ada had laju - contoh di highway tidak boleh buat pusingan U) - dan bagi kes yang diceritakan diatas, pemandu tidak bersalah kerana jalan biasa yang tiada ditetapkan had laju. Begitu jugalah jika anda TERPAKSA membayar saman kerana melakukan pusingan U ditempat yang kononnya tidak dibenarkan, bagaimana hendak menjustifikasi anda memang salah sedangkan ianya tidak dibicarakan.
Satu pandangan berkaitan saman dan blacklist
Kaunter Pembayaran Saman Trafik Dibuka Hingga 10 Mac
KUALA LUMPUR: Berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik, kaunter pembayaran saman akan dibuka sehingga 10 Mac ini.
Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kaunter tersebut akan dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sehingga tarikh akhir tersebut.
Katanya pesalah trafik yang ingin menyelesaikan saman diminta membuat pembayaran seawal mungkin.
Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.
Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu hingga semalam - tarikh akhir diskaun ditetapkan sebelum ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik sehingga 10 Mac ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang menghadapi masalah ingin menjelaskan saman berikutan sistem tergendala serta kesesakan di kaunter. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment