Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, March 04, 2011

MAAF, APA YANG PM CUBA CERITAKAN? SAYA KURANG FAHAM

Biasiswa bukan perbelanjaan, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan
berpandangan biasiswa adalah pelaburan dan bukan perbelanjaan kerana langkah itu mampu membawa negara ke peringkat lebih tinggi.

"Ini (biasiswa), kami percaya bukan perbelanjaan tetapi pelaburan. Jika kita terus melabur kepada rakyat, kita akan menjadikan negara kita lebih berdaya saing," katanya di Melbourne hari ini.

Berucap di hadapan rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar yang sanggup meredah cuaca sejuk untuk bertemu beliau ketika lawatannya ke Universiti Melbourne, Najib berkata kunci kejayaan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi terletak pada rakyat.

"Jika anda mempunyai golongan rakyat yang tepat, anda berupaya mengalihkan gunung, mengangkat negara ke peringkat lebih tinggi," katanya. 

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia agar menimbang untuk menyumbang kepada tanah air, selepas menimba sebanyak mungkin pengalaman di luar negara. Najib berkata sistem biasiswa boleh membentuk seseorang menjadi individu yang lebih baik dan menyumbang secara positif kepada masyarakat menerusi nilai-nilai murni yang ada pada mereka. 

- Bernama 

No comments:

Cerita Dolu Dolu