Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 02, 2011

HALAL ATAU TIDAK? ADA KATA INI KETAM DUA ALAM

Penyelidikan Naik Taraf Ketam Nipah
KOTA BAHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang melakukan kajian untuk membiakkan benih ketam nipah yang bermutu bagi menampung kepupusan ketam tersebut.
Pensyarah Kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, Dr Lee Seong Wei berkata kajian itu dengan kerjasama Pusat Pengeluaran Perikanan Ikan Laut, Jabatan Perikanan Terengganu bermula sejak awal tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun ini.
Beliau berkata berkata ketam nipah atau nama saintifiknya "Scylia Serrata" dan lebih dikenali sebagai ketam nyior di utara Semenanjung adalah antara spesis ketam yang mendapat permintaan tinggi di hotel serta restoran eksklusif.
"Dengan harga pasaran ketam nipah mencecah sehingga RM28 hingga RM40 untuk sekilogram, industri penternakan ketam nipah ini mampu memberi pulangan lumayan kepada penternak berbanding hasil ternakan makanan laut yang lain.
"Ini mendorong pihak universiti membuat kajian mengenai pembenihan ketam nipah ini," katanya kepada Bernama.
Dr Lee berkata aktiviti ternakan ketam nipah di negara ini masih kurang popular berbanding dengan ternakan ikan dan udang berikutan faktor sumber benih yang terhad dan sehingga kini benih ketam nipah hanya diperolehi daripada sumber semula jadi. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu