Harga minyak masak dah lama stabil macam tu sahaja sedangkan harga minyak sawit dunia telah meningkat. Dengan kenaikan harga petrol dan gas adakah memberi kesan kepada kilang memproses minyak masak? Cuba ingatkan bagaimana kekecohan akibat kekurangan stok gula di pasaran. Apabila kerajaan menaikan harga gula (barang kawalan) tup-tup gula berlambak di pasaran. Nampaknya dalam kita 'ternanti-nanti' bilakah TNB akan menaikkan tarif elektrik, minyak masak ambil kesempatan dahulu nampaknya......
Bekalan minyak masak habis
KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.
Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.
Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).
"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.
1 comment:
Dengar citer petrol naik malam neh ron 97
Post a Comment