Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 08, 2011

ADA KONTRAKTOR BARU MERASA UNTUNG SEBENAR AGAKNYA....


Persatuan Kontraktor Melayu dilapor minta maaf pada Guan Eng

January 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu.

Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini.
“Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang ‘blacklist’ 46 kontraktor Melayu,” kata Lim (gambar) dalam laman sosial Facebook hari ini.
Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.
Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu  Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu.
Dalam satu kenyataan 29 November lalu, Lim dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.
Fadzill menegaskan, kenyataan Lim bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.
Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.
“Kalau Lim mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor Bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.
“Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri,” katanya.
Justeru, Lim mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.
Setelah mendedahkan segala butiran secara terperinci, Lim menasihatkan Fadzill supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihan raya akan datang kalau nak jadi orang politik,” kata Lim ketika itu.
Katanya, kontraktor Melayu dapat 100 peratus daripada projek Jabatan Pengairan dan Saliran dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Negeri yang di bawah peruntukan kerajaan negeri Pulau Pinang.
”Ini dengan sekali gus mematahkan fitnah jahat pemimpin Umno dan juga sekutu Umno seperti Fadzill.
“Datuk Fadzill telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor Bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.
“Datuk Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan Bumiputera,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu