Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 07, 2005

Taufan Melanda Jepun

Taufan #14 atau dikenali sebagai taufan Nabi (takde pulak dia sebut dalam NHK news) melanda Selatan Jepun. Taufan ini semakin kuat dan mula bergerak menuju ke Laut Jepun dan dijangka akan tiba ke Hokkaido pada lewat malam ini. Kyushu mencatakan taburan hujan yang tinggi dan di Miyazaki hujan taburan hujan untuk tempoh 4 hari melebihi 1,300ml, Kyushu Utara dan Shikoku mencatakan taburan hujan lebih dari 900ml. Di Tokushima bahaya tanah runtuh juga meningkat jika dibandingkan dengan sebelum ini. Kawasan Tokai dan Tohoku dijangka hujan akan turun pada kadar 40ml~50ml sejam. Amaran angin kencang dan tanah runtuh serta ombak kuat masih di wartakan. berita lengkap seperti di bawah. Tidak pasti samada rakan-rakan saya selamat atau tidak dengan berita mutakhir mengatakan 15 orang mati/hilang.

「大型の台風14号は、中国地方の一部を暴風域に巻き込みながら、山陰沖を北上しています。台風は、このあとしだいに速度を速めて日本海を北東へ進み、7日夜遅く、北海道に近づくおそれがあります。近畿と東海を中心に、断続的に激しい雨が降っているほか、九州南部では記録的な豪雨となり、宮崎県の一部で、4日の降り始めからの雨量が1300ミリを超えたほか、九州北部と四国、紀伊半島の一部では900ミリを超えています。気象庁は、徳島県の一部では、過去数年間で土砂災害の危険性が最も高まっているとして、厳重な警戒を呼びかけています。台風の北上に伴って、東海から東北にかけて、局地的に1時間に40ミリから50ミリの激しい雨が降るおそれがあります。8日午前6時までの雨量は、いずれも多いところで、北海道で250ミリ、東北の日本海側と甲信、それに東海地方で180ミリから200ミリと予想されています。近畿から東海にかけての太平洋側で、波の高さが9メートルを超える猛烈なしけとなっているほか、四国の太平洋側と中国から北陸にかけての日本海側では、6メートルを超える大しけが続く見込みです。気象庁は、土砂災害や河川のはんらん、それに暴風や高波に警戒するよう呼びかけています」
Malaysia juga dikhuatiri bakal menerima tiupan angin taufan pada masa akan datang di mana Malaysia, sebuah negara yang selamat sudah kurang selamat lagi dari taufan. Sebenarnya tiada yang menghairankan kerana seperti Hurricane Katrina yang melanda Amerika berubah dari laluan asal yang sepatutnya melanda Florida tetapi bergerak ke barat dan melalui New Orleans. Seperti juga laluan taufan di Jepun dari tahun 2004 lagi telah berubah dari laluan asalnya. Apakah bumi telah beralih dari paksinya? atau pengudaraan bumi berubah akibat dari masalah 'Green House'. Jika di fikirkan, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes puting beliung juga telah berlaku di Malaysia seperti di Pulau Pinang dan Melaka di mana kes-kes ini tidak pernah direkodkan. Apakah ianya berpunca dari aktiviti manusia? Apakah ia berpunca dari aktiviti penebangan pokok dan meratakan bukit serta gunung? Teringat sebentar kisah banjir di kampung saya di Ampang pada tahun 1987. Sedangkan semasa banjir besar Kuala Lumpur tahun 1979 kawasan kampung saya yang terletak di bukit tidak banjir, tiba-tiba boleh banjir akibat lombong-lombong dikambus dan hutan dibersihkan. Apakah kita bersedia menghadapi ancaman dari alam ini. Sedangkan tsunami dan gempabumi yang tidak pernah dikaitkan dengan Malaysia telah terkena tempiasnya, apatah lagi bencana yang lainnya. Dunia akhir zaman....
Wallahua'lam.

Monday, September 05, 2005

SEMOGA SUKSES

Hari ini 5 September 2005 hingga 7 September 2005 bermulalah 'perang' anak-anak tahun enam. UPSR telah bermula, pelajaran telah diulangkaji, guru-guru sekolah dan tiusyen dah habis tunjuk-ajar, ibubapa belum habis pening kepala. SEMOGA SUKSES dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan jangan lupa bagi mereka yang akan mengambil ujian PSRA (di Selangor) pada 27 September 2005 ~ 29 September 2005 ini.
Kek Aura UPSR
Hasil tangan seorang ibu yang gundah gulana sedang anaknya menghadapi peperiksaan.

Saturday, September 03, 2005

Gotong Royong Surau Al Husna


Pada 3hb September 2005 Surau Al-Husna Seksyen 20 dengan kerjasama ahli kariah seksyen 20 telah mengadakan aktiviti berikut:
Program Kitar Semula - kutipan untuk surau.
Gotong royong - membuat jambatan, stor dan tandas
Pertandingan lukisan untuk kanak-kanak dan teka tutup botol
Gotong-royong ini diadakan untuk persiapan menyambut Ramadan.
Gambar-gambar selanjutnya boleh dilihat disini.
Sila klik GAMBAR

Friday, September 02, 2005

MEMPERINGATI SEJARAH - 27 OGOS


Tanggal 27 Ogos 1883 tercatat sejarah kemusnahan alam oleh letupan Krakatoa bersamaan dengan kekuatan letupan 21,000 bom nuklear yang menghasilkan tsunami setinggi 40 meter, mengakibatkan kematian serta-merta keatas hampir 36,000 orang serta menggelapkan Jakarta. Bunyi letupan tersebut merupakan letupan terkuat pernah di dengar oleh dunia dimana bunyi letupan tersebut mengelilingi bumi sebanyak lima kali. Ianya merupakan kemusnahan alam pertama yang direkodkan dengan terperinci terutama orang Belanda yang berada di Indonesia pada masa itu. Kemusnahan tersebut melenyapkan langsung 1/10 dari Pulau / Krakatoa tersebut.
Pada Ogos 1930, di kawasan yang sama muncul pulau baru di Selat Sunda dan pulau ini dikenali sebagai Anak Krakatoa. Anak Krakatoa merupakan gunung berapi aktif yang mempunyai rekod letupan seperti berikut:
2001, 2000, 1999, 1997, 1996, 1994-95, 1992-93, 1988, 1981, 1980, 1979, 1978, 1975, 1972-73, ?1969, 1965?, 1959-63, 1958-59, 1955, 1953, 1952, 1950, 1949, 1946-47, 1946, 1945, 1944, 1943, 1942, 1941, 1938-40, 1937, 1936, 1935, 1932-34, 1931-32, 1927-30.
Letupan tersebut meningkatkan lagi ketinggian Anak Krakatoa dan kini mencapai hampir 3,000 meter (menyamai ketinggian Krakatoa). Volkanologist sedang melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terutama kelikatan lava kerana ianya mempengaruhi letupan yang bakal berlaku. Di jangkakan Anak Krakatoa bakal menandingi Krakatoa dari segi kekuatan letupan tetapi pergerakan Piroklastiknya akan menyebabkan tsunami yang bakal memusnahkan dan mengancam lebih banyak nyawa dan mungkin menyamai tsunami 2004.
Dengan gempabumi yang semakin kerap di kawasan sekitar terutama selepas gempabumi yang menyebabkan tsunami Disember 2004, gelinciran bumi mungkin memudahkan aliran lava ke gunung berapi dan sekali gus menyebabkan ia terhambur keluar.
Kekuatan letupan Krakatoa dapat di dengar oleh nenek tiri saya. Apakah saya juga akan mendengar letupan Anak Krakatoa? Apakah letupan Anak Krakatoa bakal menjadi 'suara kuat dari langit' yang di kaitkan dengan kemunculan Al-Mahdi dan Dajjal?

Thursday, September 01, 2005

HAYATI KEMERDEKAAN

Update : 2/9/2005 - Kerajaan Malaysia akan menempatkan sementara rakyat/pelarian dari Thailand atas dasar perikemanusiaan. Baguslah. Takkan nak biar mereka di sembelih.
Saya petik dari Harakahdaily. Hayatilah kemerdekaan dan bukan sahaja kemerdekaan dari penjajah tetapi juga kemerdekaan sebenar. . . merdeka dari di jajah minda dan rohani.
KOTA BHARU, 1 Sept (Hrkh) – Kerajaan Kelantan hari ini menyerah kepada kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu warga Thailand yang datang bagi mencari perlindungan di negeri ini. Sumber Pejabat Menteri Besar berkata, isu tersebut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat kerana ia membabitkan hubungan dua negara berjiran.
“Sebarang pendirian mengenai isu tersebut hendaklah dirujuk kepada Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan seramai 131 penduduk Islam yang berumur antara 65 dan bawah enam tahun dari Selatan Thailand melarikan diri ke negeri ini melalui Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang.
Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Zulkifli Abdullah dalam kenyataan media petang semalam berkata, seramai 69 dipercayai warga Thailand berkumpul di Masjid Pengkalan Kubur dan 62 lagi di Masjid Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang kira-kira jam 8.30 malam, 30 Ogos lalu.
Ekoran itu, pihak polis menempatkan mereka di dua tempat berasingan iaitu di Balai Polis Pengkalan Kubur dan Balai Polis Pasir Mas. Bagaimanapun difahamkan malam tadi mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah.
Sementara itu di TUMPAT, penduduk di Pengkalan Kubur ketika ditemui petang semalam memberitahu warga Thailand mulai datang ke Pengkalan Kubur pada petang 30 Ogos lalu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pada awalnya beliau tidak menyedari kehadiran warga Thailand untuk menumpang sementara di Masjid Al Huda Mukim Ketil, Pengkalan Kubur kerana menyangka sebagai jemaah biasa.
“Bagaimanapun selepas selesai solat Isya’ mereka masih tidak pulang dan saya menanyakan mereka datang dari mana. Selepas itulah baru diketahui mereka datang dari seberang dan mahu mendapat perlindungan di sini.
“Ekoran itu, ada penduduk tempatan membawa makanan kerana bersimpati terhadap nasib yang mereka alami. Penduduk juga memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kehadiran warga terbabit,” katanya.
Menurutnya warga dari negara jiran itu menceritakan mereka terlalu takut untuk terus tinggal di kampung kerana mendakwa pihak tentera Thailand sedang menjalankan operasi menangkap penduduk.
Kata beliau, pelbagai cerita diluahkan warga berkenaan dan sanggup menyeberangi Sungai Tak Bai dengan bot kecil bagi mencari perlindungan.
“Ada yang membawa sedikit pakaian dan dimasukkan ke dalam guni dan terus melarikan diri melalui sungai bagi mencari perlindungan di negara ini. Ada juga membawa anak-anak kecil bersama.
“Malah ada yang melarikan diri sehelai sepinggang kerana takut dengan situasi yang berlaku di Selatan Thailand sekarang,” katanya.
Seorang warga Thailand yang berasal dari Setul, Narathiwat memberitahu beliau dan rakan-rakan terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan diri daripada tentera Thailand.
Katanya, beliau tiba di Pengkalan Kubur pada petang Selasa selepas merasakan tidak selamat lagi berada di kampung sendiri sekarang. Beliau mendakwa pihak tentera Thailand sedang mengadakan operasi menangkap penduduk yang dikaitkan dengan pengganas.
“Di sebuah kampung berdekatan bulan ini sahaja seramai tujuh penduduk muslim ditahan dan keadaan mereka sekarang tidak diketahui hidup atau mati. Penduduk syak mereka tidak akan pulang lagi,” katanya.
Warga Thailand yang agak berumur turut meluahkan sanggup mati di Malaysia daripada dihantar pulang ke negara asal sekiranya keadaan sekarang dibiarkan berterusan.
Semasa ditemui kumpulan warga Thailand terbabit memberitahu ada di antaranya berasal dari Tak Bai, Sungai Padi, Ramit, Chanek dan Bechah Herong. Ada juga kanak-kanak dan wanita bersama dengan kumpulan tersebut. Sebahagian besar mereka adalah golongan pemuda dan kelihatan seperti pelajar pondok agama.
Mereka berterima kasih di atas bantuan makanan yang diberi penduduk tempatan sepanjang berada di Pengkalan Kubur. Selepas berada di masjid mereka ditempatkan sementara di surau Balai Polis Pengkalan Kubur.
Sehingga sekarang lebih 860 orang terbunuh sejak peristiwa kekejaman tentera Thailand ke atas penunjuk perasaan berlaku di Tak Bai pada Ramadhan tahun lepas.
Semoga negara kita dilindungi dari anasir yang boleh menimbulkan kekacauan dari dalam mahu pun luar negara.

BUKU BUKU YANG KU RINDUI NAK BACA BALIK

本気 1巻~40巻 作者:立原あゆみ
City Hunter 1巻~40巻 作者: 北条 司
Dragon Ball 1巻~42巻 作者:鳥山 明

SAMBUTAN MERDEKA 31 OGOS 2005


Aku mulakan dengan sambutan 31 Ogos 2005 dengan bangun pagi mandi dan solat subuh. Lepas tu lepak-lepak sambil tengok tv lepas bagi kura-kura makan. Ikan kat akuarium pun nampak okay je. . . Awal lagi, tengok news NHK dulu pasal taufan yang melanda Okinawa. Takde lah serius sangat. Yen menurun ke USD1= JPY111.35.
Bermula di Astro Ria menonton perarakan di Dataran Putrajaya. Walaupun Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran kenapa diorang tak nak buat di Dataran Merdeka ye? Sejarahnya, memorinya yang tentu lebih sesuai dan paling utama, rakyat marhaen ni senang lah sikit nak pergi. Ada bas, ada LRT. Kalau Putrajaya tu, kos tinggi sikit nak pergi belum termasuk kos makan yang YA RABBI. . . Merdeka untuk elitis sahaja kah? Perarakan habis pukul 11:00 tapi sambung sikit lagi kat RTM1 sampai pukul 11:30. DUM! dan tiupan angin kencang serta hujan yang amat lah lebat. Tutup TV. Rehat-rehat sambil org rumah sibuk masak kek chocolate moist. Internet pagi okay, masuk tengahari langsung, asyik hanging je server. Ye lah dial-up. Nak masuk broadband usage aku kat rumah sebulan RM20.00 pun dah tinggi dah. EDGE okay ke tengah dok pikir nih. Nantilah tanya kawan aku Tn. Haji R kat DIGI tu....
Oo? Hujan dah berhenti, pergi ke Giant Seksyen 18 sebab nak beli baju melayu sekolah anak dan barang-barang nak masak petang ni. Sambil mendengar lagu dari CD Mawi World di radio kereta yang baru di pasang.
Balik rumah dah dekat pukul 2. Makan tengahari dulu, ayam rendang dan sayur bayam. Anak-anak dah makan dulu dah. Lapar katanya. Solat Zohor dan buka ASTRO Ria balik. Ada ulangan Konsert Akhir AF3. Layan kejap.
Pukul 4, siap siap untuk pergi rumah adik ipar sebab ada birthday party. Sampai rumah adik ipar, Mawi dah nak habis nyanyi 'Aduh Saliha'. Tunggu adik ipar lagi sorang datang sambil maid tengah prepare untuk buat spagetti. Org rumah tengok baby kat atas. Maid aku tertinggal rendang ropanya. Ingat nak bagi adik ipar yang dalam pantang tu.
Adik ipar yang sorang lagi sampai dan letak lah barang-barang lepas tu start le topik-topik untuk mula berborak tapi main topics - Mawi di konsert merdeka sampai lah cerita dalam Mingguan Perdana pasal tunang Mawi. "Ooiii !!! kek tu cair kang!!" Alamak baru diorang ni teringat hari ni harijadi lah. Penangan Mawi. . . Keluarkan kek ada dua nama - satu Tajul Ariff 5 tahun, 31/8 dan nama mak mertua yang lahir pada Ogos juga. Ramai ye lahir Ogos dalam family. Baby yang baru tu, 12 Ogos. . . "Mawi pun bulan Ogos" kata adik ipar. Hek eleh. . .
Lepak lagi sambil tengok Discovery Channel pasal Karakatoa. Teringat mbah tiri bercerita pasal letupan Karakatoa masa umurnya 10 tahun. Mbah aku pun dah aruah pada umur 118 kata aruah bapa aku. Aku kat oversea masa tu. Betullah. Letupan terhebat sehingga 5 hari masih terdengar di seluruh dunia. Anak Karakatoa sedang mengumpul ketinggian dan mungkin jika meletup memenuhi ciri Karakatoa dan masa nya mungkin tak lama lagi?
Balik ke rumah pada pukul 9:30 malam. Penat idak tapi kenyang nyer lah. . .
Tinggal 5 hari sebelum peperiksaan UPSR....

Cerita Dolu Dolu