Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 18, 2011

TAK SETUJU! Baik SERTAI dari boikot walau keputusan boleh diramal.


Jika tetap meneruskan tindakan tidak mahu sertai apa beza dengan ADUN BN di Selangor yang dilantik ketua SELCAT tapi menolaknya dengan alasan bermotif politik? Bukankah perkara dan apa hasil dari perbincangan sudah boleh diramal tetapi adakah dengan tidak menyertainya, PR telah mengambil tindakan yang betul? Maka apa bezanya tindakan KDN menghalang BERSIH? Mungkin ruang yang diberi AMAT TERHAD tetapi adakah ianya dapat memberi lebih menafaat dengan memboikot? Wakil PR ada 3 jadi? Nak semua diwakili PR baru nak setuju ke? Biar berada di dlam dan boleh menyalurkan makjlumat yang lebih sempurna kepada rakyat dari mendengar keputusan sahaja. JANGAN JADI BODOH kerana kita sudah ketahui lantai menari tidak rata, kena lah tukar rentak tari bukan ikut rentak tari diberi. COMPRANDE?

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Pakatan Rakyat kemungkinan tidak akan menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk Datuk Seri Najib Razak jika ia tidak memenuhi harapan perikatan pembangkang itu.
Kabinet memutuskan keanggotaan jawatankuasa itu semalam.
Pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu The Malaysian Insider bahawa pentadbiran Najib meneruskan pendekatan mengadakan jawatankuasa itu tanpa berbincang dengan parti-parti lain.
“Sebenarnya, kami tidak tahu apa terma-terma rujukan (jawatankuasa pilihan khas),” kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang khuatir skopnya kemungkinan terlalu cetek dan tidak melibatkan perbincangan yang mendalam.
Ahli Parlimen Gombak ini menambah, perikatan pembangkang akan membuat keputusan sama ada pihaknya wajar mengambil bahagian atau tidak berdasarkan terma rujukan.
Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga berkata kenyataan Najib malam tadi hanya membawa lebih banyak keraguan berhubung kewibawaan jawatankuasa tersebut, yang mempunyai lima wakil dari Barisan Nasional (BN).
Jawatankuasa itu pada umumnya mempunyai sembilan anggota iaitu lima dari BN, tiga mewakili pembangkang dan seorang Bebas.
“Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa dakwaan mengenai pengundi kalangan warga asing akan dijawab di PSC menunjukkan kerajaan tidak sanggup berhadapan dengan jawatankuasa pilihan khas ini, tetapi akan mengalihkan beban kepadanya kelak,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.
Lim merujuk kepada kenyataan Hishammuddin semalam bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara akan bekerjasama untuk meneliti dakwaan PAS mengenai daftar pemilih.
“Tiada perundingan dengan Pakatan Rakyat mengenai apa yang dipanggil jawatankuasa dwipartisan,” kata Lim sambil menyifatkannya lebih bersifat “helah” politik.

No comments:

Cerita Dolu Dolu