Sebab ianya berlaku di Pulau Pinang, dengan mudah sahaja ianya menjadi isu politik dan tempat menjadikan DAP sebagai kambing hitam dan membuat tuduhan liar mengatakan DAP menghina dan campurtangan dalam hal ehwal Islam. Sedangkan isu ini diwartakan oleh Majlis Fatwa Negeri yang Majlis Agama negeri pun patuh kepada Majlis Fatwa. Sebelum itu baca jugalah catatan dibawah iaitu kenyataan Mufti Perlis dan makluman BAHAWA Perlis telahpun melaksanakan garis panduan yang sama semenjak 2007 iaitu jauh sebelum PRU-12, 308 yang kita ketahui dari 2004 hingga 0208 BN mendapat mandat yang amat besar dengan Pak Lah sebagai PM.
Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas'.
Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.
“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.
“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.
“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/perlis-dah-lama-larang-baca-al-quran.html#ixzz1UxX32kdP
No comments:
Post a Comment