Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 14, 2011

SETUJU LARANGAN. KEBANYAKAN BUKAN BACA TAPI PAKAI RAKAMAN


Ada rakaman yang apabila menggunakan pembesar suara melantunkan bunyi yang agak nyaring dan akhirnya hanya menimbulkan bunyi kebingitan dan bukan kelunakan bacaan Al-Quran. JAKIM pula tetiba nak main politik nak bincang dengan Majlis Fatwa PP fasal isu ni.
Nik Aziz Sokong Larangan Bacaan Al-Quran Guna Pembesar Suara
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.
Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.
Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktuSubuh.
"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) di sini, Ahad.
Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau dinegeri itu.

No comments:

Cerita Dolu Dolu