Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 07, 2011

TOKEH UBAT KUAT SUSAH CARIK MAKAN

MBSA larang iklan berunsur seks dan tahyul

March 6, 2011
Sebarang permohonan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan sedemikian tidak akan diterima.






SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan berkompromi dengan sebarang iklan produk dan perkhidmatan yang berunsurkan seks serta tahyul di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, kata Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Noor.

Beliau berkata sebarang permohonan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan sedemikian tidak akan diterima kerana ia hanya akan memperdaya pengguna selain tidak mempunyai jaminan daripada mana-mana pihak yang sepatutnya.
“Kami menerima banyak aduan mengenai iklan kurang menyenangkan yang ditampal dan digantung pada tiang lampu, pokok atau pondok telefon di sekitar kawasan Shah Alam. Justeru langkah drastik telah diambil dengan menurunkan serta melupuskannya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tinjauan di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam mendapati beberapa bunting iklan yang ditampal pada tiang lampu dan pokok menawarkan perkhidmatan urut batin, ubat tenaga batin serta bantuan secara halus bagi mengutip hutang.
Kesemua iklan berkenaan tidak mempunyai pelekat pengesahan daripada MBSA seperti sepatutnya dan ditulis dalam pelbagai bahasa serta turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi selain ilustrasi yang mempunyai maksud tersirat,
misalnya pisang.

Mazalan berkata mereka yang mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan di kawasan MBSA perlu memohon lesen dan pelekat kebenaran di Jabatan Perlesenan dan Penjaja Wisma MBSA di sini serta mematuhi syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan ialah saiz bunting mestilah 0.6 meter lebar dan 1.82 meter panjang manakala bagi kain rentang pula 4.2 meter lebar dan 6.1 meter panjang.
“Bahasa yang digunakan juga perlu jelas, sopan serta mengikut ejaan yang betul serta dipasang pada tempat yang tidak mengganggu lalu lintas atau boleh mendatangkan bahaya.
“Soft copy atau contoh bunting dan kain rentang juga perlu dibawa bersama bagi proses kelulusan pelekat kebenaran daripada MBSA,” katanya.
Mazalan berkata setiap iklan juga diberi tempoh dua minggu hingga sebulan untuk dipaparkan dan perlu ditanggalkan sebaik tamat tempoh.
Bermula hujung Mac ini, operasi bersepadu antara penguat kuasa MBSA dan kontraktor yang dilantik akan dilakukan untuk menurunkan semua iklan yang tidak mempunyai pelekat kelulusan daripada MBSA dan iklan yang telah tamat tempoh.
“Kita juga akan turunkan semua iklan yang diletakkan di tempat yang tidak sesuai walaupun mempunyai pelekat daripada MBSA selain iklan-iklan yang mempunyai unsur-unsur lucah atau tahyul di semua kawasan MBSA,” katanya.
Dalam pada itu, Mazalan berkata mereka yang ingin membuat aduan mengenai hal berkaitan iklan di kawasan MBSA boleh menghubungi talian 03-55105133 sambungan 254 (bahagian aduan awam) ketika waktu pejabat atau bilik gerakan MBSA 03-55105811 yang beroperasi 24 jam.

No comments:

Cerita Dolu Dolu