Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, March 10, 2011

PENGUMUMAN AWAL MINYAK BAKAL NAIK

Kata RON97 ikut pasaran. Kenapa nak cerita RON97 kalau nak kekal pada paras RM2.50 pulak? Lebong apakah ini?
Subsidi Minyak Ditambah RM4 Bilion - PM
KUALA LUMPUR: Subsidi petrol dijangka menokok dengan tambahan sebanyak RM4 bilion tahun ini jika harga bahan api itu kekal di pasaran sekarang iaitu RM1.90 setiap liter bagi RON95 dan RM2.50 seliter bagi RON97.
Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kos yang tinggi itu terpaksa ditanggung kerajaan jika tiada perubahan bagi harga petrol di pasaran kini yang menyaksikan kenaikan harga bahan api itu di peringkat global.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat daripada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di sini Rabu.
Ini bermakna subsidi minyak dalam Bajet 2011 yang ditetapkan sebanyak RM10 bilion berdasarkan harga minyak mentah dunia iaitu AS$85 (RM259) hingga AS$90 (RM274) setong meningkat kepada RM14 bilion tahun ini.
Selain itu kerajaan turut mempertuntukkan sebanyak RM4 bilion untuk subsidi lain. Bagi tahun 2010, subsidi minyak meningkat sehingga RM10 bilion.
Pakar ekonomi menjangkakan harga minyak mentah dunia akan kekal melepasi AS$100 (RM305) setong, mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi kira-kira RM4 bilion.
Najib berkata, perbelanjaan defisit itu bergantung kepada nilai pendapatan kerajaan mampu diperoleh dengan peningkatan kos subsidi.
Kerajaan menyasarkan defisit dalam bajet pada 5.4 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berbanding 5.6 peratus tahun lalu sedangkan sasaran ialah untuk menurunkan kadar defisit kepada 2.8 peratus menjelang tahun 2015.
Bulan lalu, Najib berkata mungkin akan mengkaji subsidi minyak jika krisis di Asia Barat berterusan, namun sehingga kini tiada perancangan ke arah itu buat masa ini.
Kali terakhir harga RON97 naik ialah pada 1 Februari lalu selepas naik 10 sen pada 4 Januari. Pada Disember, harga petrol RON95 dan diesel meningkat 5 sen seliter masing-masing kepada RM1.90 dan RM1.85 seliter.

No comments:

Cerita Dolu Dolu