Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 09, 2011

NAK BAGI KOMEN JUGAK KE? DIAM SUDAH LAH. . . .

Tajuk saja sudah pelik - TINDAKAN PAS HARAMKAN TIKET LOTERI. Soalan? Bila pula Loteri halal? PELIKNYA kenpa berita ini tidak disiarkan dalam UTUSAN?
Tindakan PAS Haramkan Tiket Loteri Timbulkan Rasa Tidak Senang Masyarakat Bukan Islam – Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat bukan Islam kerana ia dianggap menyentuh hak mereka.
“Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.
Beliau berkata sekatan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS itu telah dianggap oleh masyarakat bukan Islam sebagai menyentuh hak mereka.
“Dari segi undang-undang tindakan mereka (orang bukan Islam) membeli loteri tidak salah. Jadi isu pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat bukan Islam,” katanya.
Muhyiddin berkata, beliau juga telah dimaklumkan bahawa MCA juga akan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenainya.
“Berdasarkan apa yang saya baca di akhbar, MCA akan buat laporan kepada pihak berkuasa, cuma saya belum dimaklumkan apakah bentuk tindakan mereka itu.
“Saya pasti ada pihak yang merasakan hak mereka telah dihalang atau disekat dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan itu,” katanya.
Baru-baru ini kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu sejajar dengan konsep ‘Membangun Bersama Islam.’

No comments:

Cerita Dolu Dolu