Bosan betul dengan berita-berita melibatkan pengesahan HALAL JAKIM ini. Dari dulu lagi susah betul nak letak jenama atau nama kilang yang mengeluarkannya. Kenapa? Sebab belum pasti bersalah? Ke nak tunggu kawtim dengan JAKIM dulu ke? Benda melibatkan HALAL HARAM pun boleh nak dolak dalik jugak? Jika syarikat atau barangan berkenaan disahkan halal kemudiannya JAKIM boleh memberi kebenaran untuk syarikat tersebut memberi makluman atau tarikh bila ianya disahkan halal. Contoh paling baik adalah QBB GHEE yang JAKIM tidak sahkan halal kemudiannya setelah membuat perubahan ianya disahkan halal akhirnya. ATAU adakah ianya melibatkan NEGO oleh syarikat akhbar - nak keluar nama? tak nak keluar nama?
Produk guna kapsul gelatin babi diumum
GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil).
Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.
"Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment