Pada awal bulan Ogos, kita terkejut dengan kisah seorang lelaki disiram asid (cuka getah) oleh isterinya sendiri kerana hendak berkahwin lagi satu. Ironinya kes tersebut berlaku setelah isteri beliau menelefon perempuan tersebut dan menjemput ke rumah untuk berbincang (bayangkan apa bakal terjadi jika dia pergi kerumah tersebut).
Sekarang ini ramai yang berminat (?) pergi ke Perlis kerana boleh bernikah tanpa persetujuan dari isteri pertama. Mungkin untuk mengelakkan dari berduyun-duyun ke Narathiwat agaknya.
Apa yang menarik minat saya adalah berkaitan dengan kes poligami di Selangor. Rakan saya telahpun berkahwin dengan isteri kedua tetapi paling menarik adalah syarat-syarat mahkamah yang bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua suami dan isteri (isteri pertama). Antara isi yang menarik adalah pengakuan suami/arahan mahkamah bahawa tidak dibenarkan mengambil harta sepencarian (rumah, kereta); jumlah wang belanja minima bulanan yang perlu diberi; yang paling menarik adalah kemestian bersama apabila waktu hari lahir, ulang tahun serta minima 3 hari pergi bercuti bersama (kalau tak silap). Menarik untuk dimanafaatkan oleh semua mahkamah syariah sebenarnya.
Komen dari Tuan Guru Haji Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) berkaitan kes kahwin lebih dari satu ini adalah:
Mereka yang mahu mengamalkan poligami seharusnya mendapatkan keizinan dari isteri masing-masing terlebih dahulu. Seorang isteri tidak boleh diumpamakan bagai pembantu rumah yang boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya. Seseorang suami untuk apa sahaja sebab, yang inginkan isteri kedua perlulah sensitif terhadap perasaan isteri pertama tadi. Kata Nik Aziz lagi seseorang yang mahukan hidup berpoligami wajib berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Dan mereka perlulah mampu dari segi kewangan.
Dan yang lebih penting lagi kata beliau, mereka mestilah memahami yang seorang wanita itu pasti emosional dalam hal-hal tertentu. Hati seorang wanita ibarat kaca, perlu berhati-hati dan mudah berkecai. Suamilah yang perlu belajar bagaimana memeliharanya.
Dan yang lebih penting lagi kata beliau, mereka mestilah memahami yang seorang wanita itu pasti emosional dalam hal-hal tertentu. Hati seorang wanita ibarat kaca, perlu berhati-hati dan mudah berkecai. Suamilah yang perlu belajar bagaimana memeliharanya.
Kalau kita hayati Surah An-Nisa ayat 3 antaranya menyatakan :
Apabila berlaku keadaan huruhara akibat dari peperangan atau sebab-sebab lain menyebabkan ramai lelaki mati meninggal anak-anak yatim dan balu; atau apabila jumlah wanita (yang layak berkahwin) terlalu ramai dan tidak dapat mencari pasangan hidup sedangkan mereka tidak layak berkahwin di luar lingkaran golongan muslimin, maka jika kamu berkemampuan, kahwinlah dengan mereka itu dua, tiga atau empat menurut kemampuanmu. Sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil jika berkahwin lebih dari satu, itu lebih baik bagi kamu. . .
Sedangkan hukum kahwin lebih dari satu ini turun pun akibat dari ramainya kematian pihak muslim akibat peperangan dan ramai wanita menjadi balu dan anak-anak menjadi yatim. Ramai yang suka menggunakan ayat (warna biru) dengan melupakan ayat seterusnya (warna merah) dengan alasan Allah menyuruh berkahwin dua, tiga atau empat bukannya satu dahulu tanpa merujuk asal ayat dan penyambung ayat tersebut.
Renungkanlah. . .
**Saya, cukup lah satu. . .rega barang makin naik, belanja makin bertambah. . .takkan nak tambah lagi beban - ikut macam Tuan Guru, seorang saja.**
3 comments:
baguss bagusss
amende yang bagus tu?
baguslah ..maintain je yg satu tu...since petrol naik semua benda jadi mahal..so setakat nak pasang 2 tu mmg x berbaloi ( hehehehe).. nowadays ramai yg pasang 2 or more tak tgk dulu poket masing2..banyak yg ikut nafsu...
Post a Comment