Dua gambar dari posisi yang sama di ambil pada 9/8/2005 dan 16/8/2005. Lihatlah dunia!
Alhamdulillah jerebu dah berkurangan walaupun malam tadi ada balik bau jerebu / terbakar di luar perkarangan rumah. API yang dikeluarkan oleh JAS menunjukkan penurunan bacaan ke bawah 50 di Shah Alam walaupun ada sedikit peningkatan pada waktu petang tetapi tidak mencecah 100 API lagi. Apakah ianya akan berterusan? Di harap tidak berjerebu lagi terutama dengan perginya SMART ke Indonesia untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut.
Paling menarik adalah perkara yang dikaitkan dengan jerebu ini. Ada pihak menyalahkan kerajaan Indonesia yang kurang tegas dsbnya tetapi saya hendak melihat dari perspektif yang lain.
Dalam blog-blog yang saya layari ada pihak menyatakan bahawa jerebu ini adalah bala Allah yang diturunkan kerana Akademi Fantasia dan Mawi. Maksudnya adalah Mawi yang sepatutnya jadi bilal telah dicemari oleh AF dan ketaksuban peminat (fanatik?) telah menyebabkan Allah menurunkan bala. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang ini - no komen. Apabila saya melihat bahawa pengikut Ayah Pin (dalam laman web Ayah Pin) mengatakan bahawa jerebu diturunkan kerana kerajaan dan semua yang terbabit ingkar dan terlibat untuk memusnahkan Ayah Pin. . . saya rasa kelakarlah pulak - lagi sekali no komen.
Jerebu ini berlaku adalah akibat dari kecuaian manusia dan dari sikap tamak manusia juga sebenarnya. Banyak ayat-ayat yang menyatakan perkara tersebut dan jika kita lihat Surah Al-Baqarah bagaimana malaikat menentang/mempertikaikan apabila Allah hendak menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi sedangkan mereka ini (manusia) akan berbuat kerosakan. Fikirkanlah. . .
Kebakaran hutan/ladang selepas musim menuai apakah cuma dilakukan dalam tahun-tahun terdekat ini sahaja? Tentunya tidak kerana ianya juga cara primitif jadi dimana silapnya? Silapnya terletak pada pembangunan yang melulu. Bukit dan gunung ditarah dengan rakus demi nama pembangunan. Pokok-pokok semakin tiada tempat kecuali pokok 'instant' yang semakin banyak. Sekeliling kawasan laluan saya sudah cukup menceritakan segalanya. Apabila saya balik kampung ke rumah ibu saya (bukanlah jauh, kat Ampang aje) di kiri-kanan yang dipenuhi hutan rimba tiba-tiba dah kontang - tiada lagi pokok, hanya batu-batan akibat ditarah untuk pembangunan. Di Shah Alam? Tengok sendiri lah. Jerebu mudah melanda akibat tiada/kurangnya penapis alam ataupun penapis natural yang selama ini menyelamatkan kita dari masalah tersebut. Tentunya kes pembakaran tidak terkawal bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia sendiri. Skop pembakaran mungkin lebih besar dari zaman dahulu tetapi jika kawalan keatas alam sekitar terlaksana, masalah tersebut mungkin tidak se serius sekarang. Itu belum lagi masalah kawasan tadahan hujan yang memberi impak berbeza kepada kita dengan kes kurangnya air dsb. Patutlah air makin kotor, puncanya telah dikotorkan. . .
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment