Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 11, 2005

Perlu diberi Lesen?

Rata-rata semua mengetahui berita berkenaan penangkapan terbesar sindiket perjudian bolasepak EPL yang mengaut keuntungan dikatakan sehingga RM10 juta. Apa yang dikesalkan apabila NTV7 dalam berita MNN jam 8:00 malam tadi 10/05/2005 memberi tumpuan khas kepada berita ini (dipanggil berita terbesar hari ini). Berita tersebut yang mendedahkan secara terperinci berkaitan sendikit tersebut amat baik tetapi menjadi mengecewakan apabila mula menunjukkan website yang merujuk kepada web perjudian EPL yang dibenarkan termasuk cara bagaimana hendak melanggan website tersebut. Bukan sahaja itu, ianya juga terus mengadakan temubual melalui telefon dengan pendengar/penonton untuk mendapat feedback samada patutkah perjudian bolasepak tersebut di'halalkan'. Alasan yang diberikan adalah bagaimana sendikit haram tersebut mengaut keuntungan sebanyak RM10 juta jika dihalalkan (dibenarkan) boleh memberi pulangan cukai yang banyak - RM3 juta pada kadar 30%. belum kira 5% cukai kerajaan untuk perjudian lagi. Sedih apabila mendengar penonton yang bersetuju dengan alasan lebih baik dibenar secara terbuka dari secara haram.
Hukum islam telah meletakkan judi itu haram.
"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya"". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ""Yang lebih dari keperluan."" Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir," Surah AL Baqarah 219
Bagaimana pula dengan yang bukan Islam? Adakah ianya okay? Tiada siapa yang akan mengatakan ianya okay sebab pada hakikatnya tiada siapa yang akan kaya dengan judi kecuali segelintir termasuk yang menjalankan operasi tersebut. Cukuplah dengan judi 4 ekor yangmenjadi santapan harian segelintir rakyat yang berura-ura untuk kaya tapi yang kaya operator syarikat judi tersebut jua.

No comments:

Cerita Dolu Dolu