Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 10, 2005

As expected - Harga naik dah.

Baru saja rega minyak naik 1 minggu. Kegusaran kenaikan harga nampaknya memang ada dan semakin ketara. Walaupun harga barangan telah mula nampak kenaikannya semenjak 2 ~ 3 minggu yang lalu, kenaikan harga bahanapi mengukuhkan lagi 'keperluan' menaikkan harga barang terutama barang runcit. Contoh harga barangan yang naik :
Sayur-sayur - naik antara RM0.05 ~ RM2.00
Kobis dari RM1.60 ke RM3.00
Timun dari RM1.80 ke RM4.00 sekilo.
Ada yang kekal seperti Cili Merah (berapa lama?)
Memang bergantung pada tempat tetapi ianya bakal merebak lebih jauh lagi.
Harga ayam pula? Harga ayam telah mula naik semenjak awal bulan April (semenjak pengumuman tambang akan naik dan gaji ahli parlimen akan naik). Jika pada tahun lepas kita boleh membeli pada harga sekitar RM5.00 ~ RM5.50, sekarang RM5.80 ~ RM6.40 bergantung dimana tempat kita beli. Kenaikan sebanyak 16%++.
Jangan lupa barang yang paling kerap naik tapi kurang diberi perhatian - telur. Harga telur telah naik sejak sekian lama. Rasanya seminggu atau sebulan sekali harga telur naik sebanyak RM0.01 ~ RM0.10. Kalau dulu telur gred B boleh dibeli pada harga RM2.00 (10 biji) sekarang RM2.60 ke RM2.90. Kenapa? Antara punca utama adalah kenaikan kos pembelaan ayam (harga makanan ayam turut naik). Ooo. . . patutlah harga ayam naik. Harga telur? Bukan setakat harga makanan ayam menjadi punca tetapi juga disebabkan harga ayam naik, lebih baik jual ayam dari tunggu telur.
Kalau dalam seminggu harga boleh naik, bagaimana agaknya selepas sebulan atau beberapa bulan. Bagaimana pula kalau harga bahanapi naik lagi? DS Najib Tun Razak dah sebut-sebut dah.
Satu yang pasti turun dan tak mungkin naik - hujan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu