Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 09, 2011

SPOILER : Pompuan tu kena guna-guna.... AHAK AHAK AHAK

Tayangan Percuma ‘Khurafat’ Di Finas Jumaat Ini
Salah satu babak dalam filem Khurafat- Perjanjian Syaitan.
HULU KELANG: Biarpun filem Khurafat- Perjanjian Syaitan sedang ditayangkan di pawagam tempatan, namun bagi yang belum berpeluang menonton filem tersebut boleh menonton secara percuma di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), pukul 8 malam, 11 Februari ini.
Tayangan percuma itu merupakan salah satu aktiviti yang akan berlangsung sempena program Malam Bersama Bintang (MBB) anjuran agensi itu.
Program berkenaan akan turtu dimeriahkan dengan persembahan Siti Sarah Raisudin, Zul Handy Black dan Ain AF8.
“Kami telah melakukan program ini sejak dua tahun lalu dan mengalu-alukan kehadiran ramai pengunjung untuk memeriahkan program ini pada setiap minggu kedua dalam sebulan (Jumaat), bermula pukul 8 malam di Dataran Karyawan Finas,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab dalam satu sidang media di Finas, di sini, Selasa.
Program ini merupakan permulaan sebelum Hari Terbuka Finas 2011 yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Februari depan di Kompleks Merdeka Finas.

No comments:

Cerita Dolu Dolu