Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 08, 2011

KENAPA KDN SUSAH NAK BERI JAWAPAN? TAKUT RAKYAT SUKA?

Semoga usaha murni Kerajaan Negeri Selangor ini membuahkan hasil. Persoalannya siapakah Polis Bantuan ini nanti? Adakah mereka menjadi penjawat awam negeri dan dibiaya oleh Kerajaan Negeri atau dibawah JPA? Bagaimana dengan penyerapan? Bolehkah dilaksanakan? Adakah akan diambil dari POLIS BANTUAN yang sudah ujud atau kumpulan baru? Bagaimana dengan latihan? Adakah level mereka sama level dengan SEKURITI BERSENJATA. Bekas kadet polis sekolah mungkin boleh diberi keutamaan?


Selangor mohon tubuh pasukan polis bantuan

February 8, 2011
Selangor gesa Kerajaan Persekutuan terima tubuh pasukan polis bantuan
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan permohonan penubuhan pasukan polis bantuan bagi menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negeri itu.

Langkah ini ekoran timbulnya kebimbangan serius di kalangan rakyat Selangor serta selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mengambil langkah konkrit bagi mengatasi permasalahan tersebut.
Selaras dengan hasrat itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Menteri berkenaan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Surat itu merupakan kali kedua memandangkan tiada maklum balas diperoleh, selepas kali pertama dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Hishamuddin.
“Saya menulis kepada Hishamuddin supaya hasrat kerajaan negeri Selangor untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan menjadi kenyataan.
Keselamatan rakyat
“Keselamatan rakyat adalah keutamaan, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat,” kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Khalid, Selangor pernah memohon kepada KDN untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi perintis, tetapi ditolak atas alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.
Bagaimanapun, dua kes yang terbaru di mana dua pegawal keselamatan ditetak di Damansara Perdana serta kes wanita hamil yang ditampar dan dirompak membuktikan perlunya pasukan keselamatan tambahan untuk membantu polis mengawal keselamatan dan mencegah kejadian jenayah.
Kata Khalid, niat kerajaan negeri murni agar penyediaan pasukan keselamatan dalam  membantu dan melengkapi rutin harian anggota polis, bukannya mengambil alih tugas penguatkuasaan pasukan polis.
Katanya, dengan peningkatan bilangan pasukan keselamatan yang diberi tugas rondaan dan pencegahan jenayah, keselamatan rakyat dapat dipertingkatkan.
“Kerajaan Selangor komited untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan ini dengan hasrat menyediakan persekitaran kehidupan yang aman selaras dengan misi Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri idaman, tenteram dan berkebajikan,” kata beliau.

No comments:

Cerita Dolu Dolu