Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 14, 2012

RM40 JUTA. MONEY LAUNDERING?


“Tiada Elemen Rasuah”? – Pengakuan 

BN Yang Tak Masuk Akal!

12 Oct 2012
Dihadapkan dengan bukti-bukti yang menggunung dan enkuiri-enkuiri berjenayah di Switzerland, kini kerajaan BN mulai mengakui penglibatannya dalam skandal penyelewengan wang yang dilakukan oleh Michael Chia yang dikaitkan dengan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.
Suatu masa dahulu Musa Aman pernah mengakui bahawa dia tiada hubungan perniagaan dengan individu yang bernama Michael Chia. Menurut Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula, wang yang banyak dalam akaun-akaun bank luar negara dalam pegangan Musa Aman adalah sumbangan kepada UMNO Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.
Menurut Nazri lagi, tiada terdapat sebarang elemen rasuah dalam kes itu.

MP Tian Chua dari PR pula mempersoalkan, jika wang itu bukan untuk Musa tetapi untuk UMNO Sabah, namun pihak SPRM belum lagi menjelaskan kenapa tiada penyelewengan berlaku. Apakah tujuan wang itu dan kenapakah ada orang perniagaan menyumbangkan wang kepada UMNO Sabah?
Sehingga kini tiada seorangpun dari BN/UMNO memberikan penjelasan!
Perkara pokok dalam keterangan dari Nazri sebenarnya mengakui bahawa Musa Aman memang terlibat dalam cuba menyeludup RM40 juta dari Hong Kong ke Sabah.

Lagi pun, Musa Aman adalah Pengerusi UMNO Sabah. Maka dia adalah penerima kesemua wang itu dan terpulanglah pada dia berurusan dengan pembawa wang itu, Michael Chia.

Inilah masanya kita mendengar pengakuan dari Musa Aman sendiri bahawa dia telah berbohong mengenai penafiannya mengenai hubungannya dengan Michael Chia, yang sedang didakwa mengubah wang di Mahkamah Tinggi!

Nazri telah mengakui bahawa Musa Aman yang mempunyai tujuan politik dengan wang sebanyak itu, maka perlakuan itu ‘dibolehkan’ dan tiada sebarang rasuah timbul!

Kenyataan Nazri Aziz itu tidak menjawab isu kenapakah Musa Aman selaku Pengerusi UMNO Sabah mengarah seseorang untuk membawa RM40 juta dalam bentuk wang tunai keluar dari Hong kong?
Jika wang itu dihalalkan undang-undang untuk kegunaan politik, kenapa tidak Pengerusi UMNO memindahkan wang itu kepada akaun bank yang didaftarkan di bawah nama UMNO Sabah? Dengan cara itu maka pemindahan wang secara sah itu boleh didokumentasikan!

Sehingga kini tiada seorang pun di Malaysia yang sanggup dan berani untuk bersumpah menggunakan sesebuah kitab suci bahawa UMNO tidak mengamalkan rasuah pada para pengundi semasa pilihanraya. Malah, kami mempunyai banyak bukti dalam laman blog ini mengenai kegiatan rasuah, termasuk rakaman-rakaman video yang menunjukkan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan juga Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud menawarkan sogokan kepada para pengundi mereka!
Jika si Nazri mengakui bahawa wang itu adalah untuk UMNO, kenapa pula dia tidak memberikan penjelasan dari manakah wang itu datang. Secara kebetulan juga wang RM40 juta itu datang dari akaun-akaun yang dikendalikan oleh Michael Chia dan rakan-rakannya dan juga turut digunakan dalam pemindahan wang ke akaun-akaun untuk membiayai perbelanjaan dua orang anak Musa Aman yang menuntut di Australia ketika itu!

BN/UMNO mempunyai harapan bahawa pihak Pendakwaraya Switzerland akan menjalankan pendakwaan selepas pilihanraya umum di Malaysia.

No comments:

Cerita Dolu Dolu