Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 08, 2012

MOMOK IN THE MAKING


Khalid Sangkal Dakwaan Undi Pembangkang Sebagai Undi Kepada Soros
KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad menyangkal dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya umum boleh disifatkan sebagai undi kepada George Soros, spekulator matawang.
"Saya percaya tiada yang kenal dengan Soros dan anggota parti khususnya sudah matang, dan matang menilai kenyataan seumpama itu," kata Khalid yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor.
Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad.
Dalam pada itu, semasa berucap pada perasmian Mesyuarat Agung PKR Cabang Kuala Selangor 2012 di Ijok, dekat sini, Khalid mengakui masih ada anggota parti itu yang memperlekeh parti dan meragui Pakatan Rakyat - gabungan kerjasama PAS, DAP dan PKR.
"Saya akui masih ada ahli yang sanggup 'makan' dan memijak ahli lain demikepentingan diri sendiri.
"Sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamatparti," katanya. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu