Sambutan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Pergi lewat tak sempat tengok anak buat kawad formasi. Nasib baik ada video di FB Polis Selangor
SHAH ALAM, 25 Mac- "Komuniti Sejahtera Komitmen Kami" adalah tema sempena sambutan Hari Polis ke-205 sejajar
dengan usaha PDRM memerangi jenayah sekaligus menerapkan kemesraan dikalangan pegawai dan anggota PDRM dalam menjalankan tugas.
Sambutan yang diadakan tahun ini agak berbeza sedikit berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya dimana beberapa acara diselitkan antaranya pertunjukkan seni mempertahankan diri oleh anggota MPV Polis Selangor, kawat formasi dari kadet polis SMK sek. 19, Shah Alam dan pameran.
Selain itu, seramai 49 orang dikalangan pegawai dan anggota polis, penjawat awam yang berkhidmat dalam kontinjen Selangor, individu termasuk dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang membantu mengurangkan jenayah diberikan sijil penghargaan oleh Ketua Polis Selangor sempena sambutan kali ini.
Sambutan yang dihadiri lebih kurang 500 orang warga kerja kontinjen Selangor termasuk orang awam menyaksikan perbarisan yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.
No comments:
Post a Comment