Setakat ini aje mentaliti TPM? Buat malu aih. BN bila pulak nak jelaskan pendirian? UMNO bila pulak? Nak hudud ke tak nak? Kalau nak bila nak buat? Alasan masyarakat majmuk lah hapelah tu cuma alasan. Hudud dibawah mahkamah syariah maka untuk umat Islam sahaja apa kaitan dengan masyarakat majmuk? Bukankah jadi alternatif untuk BN bentangkan dan pinda perlembagaan yang menghalang perlaksanaan. Talk b*ll is easy.
Pendapat Mufti Pahang disini gunapakailah sket. MASALAHNYA bila pikir hudud dok pikir POTONG TANGAN. Itulah kebodohan mentaliti. Takzir, Qisas semua tu tak amik tau langsung ke? Hukum hudud yang besar melibatkan curi dan zina. 2 ni jadi isu besar pada mereka yang beri alasan hudud tak dapat dilaksanakan. Curi - nanti orang Islam kudong. Zina - mana nak cari 4 saksi benar. KAGHHH PTUIIII.....
DAP, PKR perlu perjelas pendirian isu hudud
KUALA LUMPUR - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyatakan pendirian jelas berhubung pe-laksanaan hukum hudud memandangkan Pas tekad meneruskan undang-undang itu di Kelantan dan di negara ini, jika pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan pembangkang itu perlu segera zahirkan pendirian sebenar mereka dan tidak mengelirukan rakyat serta meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu.
“Yang penting bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi Pas tekad untuk teruskan.
“Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Sukan Bersama Pemimpin Penjawat Awam Malaysia-Singapura 2011 di sini, semalam.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pembangkang (MPP) selama tiga jam Rabu lalu, tidak menyatakan secara jelas pendirian mereka berhubung isu hudud.
Sebaliknya, Penasihat PKR, yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, isu hudud dilihat dari sudut dasar-dasar bersama yang dipersetujui seperti terkandung dalam Perlembagaan, dasar bersama pembangkang dan Buku Jingga.
Muhyiddin menggesa Anwar, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk ‘bersuara’ dengan jelas dan tidak lagi berdolak-dalik dalam isu itu.
No comments:
Post a Comment