Pembangkang Umum Tiga Wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan tiga nama ahli Parlimen pembangkang yang akan menganggotai Jawatankuasa PilihanKhas bagi mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya.
Tiga ahli Parlimen berkenaan ialah Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
"Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah putuskan bahawa ahli Parlimen berkenaan akan terlibat dalam jawatankuasa ini...keputusan ini telah kita buat dua atau tiga minggu yang lalu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini.
Selain itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali kali mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.
"Kita sepakat untuk beri laluan dan kerjasama, tapi ingin saya ingatkan Perdana Menteri agar tidak menjadikan jawatankuasa ini sebagai helah untuk lengahkan pilihan raya ataupun ketepikan tuntutan Bersih (Gabungan PIlihan Raya Bersih dan Adil) dan pembangkang," katanya.
Tambah beliau lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga diingatkan agar tidak menjadikan keputusan penubuhan jawatankuasa ini sebagai alasan untuk melengahkan tangunggungjawab mereka terutama dalam isupembersihan daftar pemilih.
"Kita tekankan agar SPR jangan bagi alasan untuk buat lengah dan tidak buat apa-apa," katanya.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan wakil mereka dengan diketuai oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit), Datuk Seri Mohd RadziSheikh Ahmad (Kangar), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Alor Gajah) dan P. Kamalanathan (Hulu Selangor).
Bagaimanapun konsensus ahli Parlimen Bebas masih belum mengumumkan wakil mereka.
Pada 15 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya serta memperkukuhkan undang-undang dan danperaturan berkaitan pilihan raya di negara ini.
No comments:
Post a Comment