Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 21, 2011

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PERLU SELESAI MASALAH GAJI DULU


Malas rasanya nak ulang komen isu pekerja asing dan tempatan ini tetapi hendak tak hendak sebagai bekas HR rasanya nak komen jugalah. 
Saya beri contoh mudah. Katalah 2 orang pekerja. Seorang pekerja asing dan seorang pekerja tempatan dibayar gaji yang sama iaitu RM25 sehari (Purata RM700 gaji pokok). Pekerja asing diwajibkan disediakan kenderaan, tempat tinggal serta insurans. Adakah pekerja tempatan mendapat layanan yang sama? Pekerja tempatan selain potongan wajib EPF dan SOCSO kebanyakannya tidak disediakan tempat tinggal dan kenderaan yang bermakna mereka harus mencari tempat tinggal sendiri serta mempunyai kenderaan untuk pergi bekerja. Insurans? Oleh kerana pekerja dan majikan membayar caruman SOCSO maka kebanyakan tidak menyediakan insuran untuk pekerja. Ini banyak berlaku dalam Industri Kecil Sederhana (IKS).
Belum lagi dikira pekerja tempatan kurang diberi kerja lebih masa berbanding pekerja asing dengan pelbagai alasan yang majikan berikan antaranya pekerja tempatan tidak berminat kerja lebih masa (ada majikan tanya? Kebanyakan pekerja amat-amat suka membuat kerja lebih masa).
Dari kesimpulan tersebut, walaupun pendapatan kedua-dua pekerja sama pada RM700 tetapi pekerja tempatan mungkin hanya tinggal RM200 ~ RM300 selepas ditolak duit sewa rumah (bagi yang menyewa), duit minyak motor ulang alik ketempat kerja serta duit utiliti. Berapa pula duit yang didapati oleh pekerja asing? Hampir 100% - walaupun ada majikan yang cengngelat tolak duit rumah dan utiliti tapi masih rendah.
Jika gaji minima untuk pekerja tidak ditetapkan maka amat sukarlah pekerja tempatan mendapat kerja dengan program 6P tersebut. Terkadang kita membaca rakyat tempatan yang daif bekerja diladang-ladang dengan gaji yang teramat kecil seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Adakah mereka tidak gembira jika diberi layanan dan kerja yang sama dengan pekerja asing?

Lebih Sejuta Jawatan Kosong Jadi Tanda Tanya
Datuk Alias Ahmad
LEBIH sejuta jawatan kosong yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi Program 6P kini menjadi tanda tanya, sama ada ia akan terlebih dahulu diambil oleh rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada proses pemutihan yang membabitkan lima sektor iaitu perkilangan, pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.
Namun persoalannya, berapa ramai rakyat tempatan yang akan berminat dengan tawaran kerajaan sebelum Program 6P memberikan peluang itu kepada Pati.
“Ini kerana lebih sejuta kekosongan jawatan akan ditawarkan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan sebelum bakinya diisi oleh Pati.
Sebahagian daripada PATI yang mendaftar dengan program 6P
“Peringkat seterusnya adalah memadankan keperluan majikan dan bilangan Pati yang berdaftar dengan Program 6P,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.
Alias berkata, siapa yang hendak mengisi kekosongan itu dan melakukan pekerjaan di lima sektor yang dibenarkan oleh kerajaan?
“Adakah mereka sanggup bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pertanian? Adakah mereka juga sanggup untuk bekerja lebih masa?
“Ada rakyat tempatan tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang panas tanpa pendingin hawa atau melibatkan kerja-kerja yang berat dan tahan lasak,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan berusaha menawarkan peluang itu kepada rakyat tempatan namun ramai yang bersikap memilih kerja.
“Hakikatnya, kita masih memerlukan pekerja asing. Namun pada masa yang sama kita harus melihat kesesuaian terhadap keperluan itu dengan ekonomi, pembangunan dan taraf kemiskinan.
“Apa yang penting adalah kesesuaian itu seiring dengan usaha kerajaan untuk memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara.
“Kerajaan turut mewujudkan satu sistem pengurusan terancang menggunakan kaedah biometrik untuk pekerja asing dalam menangani isu Pati,” katanya.
Alias berkata, baki kekosongan jawatan itu kemudian akan diberikan kepada 1.3 juta Pati yang berdaftar di bawah Program 6P.
“Bilangan 1.3 juta Pati itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan 2.3 juta Pati dan pekerja asing yang berdaftar dalam program berkenaan,” katanya.
Daripada jumlah 1.3 juta Pati yang mendaftar melalui Program 6P, seramai 284,331 orang mengisytiharkan sedang bekerja dalam sektor pembinaan.
Ia diikuti sektor perkhidmatan seramai 269,510 orang, perkilangan (176,883), perladangan (155,395), pertanian (89,016) dan tiada sektor (327,991).
“Pati dalam kategori tiada sektor turut diberikan peluang pekerjaan. Mereka sebelum ini bekerja di dalam sektor yang tidak dibenarkan oleh kerajaan.
“Sebagai contoh, antara pekerjaan mereka di dalam sektor tidak dibenarkan adalah di kedai-kedai runcit, kedai gunting rambut dan tempat mencuci kereta,” kata Alias.
Daripada lebih sejuta jawatan kosong yang ditawarkan oleh kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
Ini diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak 237,700 kekosongan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu 220,000 jawatan.
Kekosongan jawatan lain adalah daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000), Kementerian Dalam Negeri (10,000), Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).

No comments:

Cerita Dolu Dolu