Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 20, 2011

ADAKAH INI TANDA-TANDANYA?

Adakah dengan pengumuman ini untuk MENGIAKAN sebab untuk menaikan tarif elektrik. Bagaimana pula dengan IPP (Pembekal Tenaga Peribadi) adakah mereka juga mengalami kerugian? Adakah kerugian TNB ini dapat dikurangkan atau dihapuskan jika tidak membeli tenaga dari IPP (Independant Power Provider). Bolehkah ianya ditunjukkan dengan jelas dalam laporan kewangan TNB yang telah diaudit nanti?
TNB dijangka rugi besarKUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bakal mencatatkan kerugian setahun penuh buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad berikutan kenaikan kos.
Syarikat utiliti itu dijangka mengumumkan kerugian kali kedua berturut-turut akibat kenaikan harga minyak yang menjejaskan marginnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
TNB dijadual mengumumkan pendapatan suku keempat dan prestasi tahunannya pada 28 Oktober ini.
TNB telah mengumumkan kerugian sebanyak RM440.2 juta pada suku pertama Julai lalu kerana perlu membayar harga yang tinggi untuk minyak dan mengurangkan bekalan gas asli yang disubsidi disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan oleh Petroliam Nasional Bhd.
Che Khalib berkata, TNB mungkin terpaksa membuat pinjaman untuk menjana perbelanjaan operasi buat kali pertama memandangkan aliran tunai semakin berkurangan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu