Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 08, 2011

DAN PAK SAMAD SAID PUN BERPESAN

Akhbar jadi 'gengster' tanpa media alternatif
Akhbar jadi 'gengster' tanpa media alternatif


KUALA LUMPUR - Rakyat khususnya golongan muda diseru menyokong sumbangan media alternatif yang memberikan gambaran sebenar mengenai situasi di negara ini.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, kewujudan media alternatif dapat menjadi pengekang kepada media arus perdana yang semakin 'samseng'."Saya fikir sumbangan akhbar alternatif ini mesti disokong kerana hanya melalui akhbar alternatif kita mendapat gambaran yang lebih berimbang, memungkinkan kita untuk menentukan apa sikap kita."Saya dapati bahawasanya tanpa media alternatif, akhbar arus perdana akan menjadi gengster," kata beliau sewaktu berucap merasmikan pelancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini, petang semalam.Kempen ini dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa bertemakan 'baca dan banding'.A. Samad yang lebih senang dipanggil Pak Samad, 76, juga berkata, media alternatif sangat sesuai untuk anak-anak muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat."Saya fikir media alternatif ini lebih untuk anak-anak muda, rakan-rakan kita yang lebih berilmu."Memang benar ia belum sampai ke desa-desa tapi saya fikir yang diperlukan ialah kelompok anak muda yang berilmu pengetahuan dan anak-anak muda inilah nanti yang akan berlegar, akan sampai ke ceruk-ceruk untuk memperjelas apa yang berlaku di negara ini," katanya di hadapan kira-kira 50 anak muda, majoritinya mahasiswa kampus sekitar Lembah Kelang.Ujarnya, tidak menjadi suatu kerugian jika tidak membaca media arus perdana kerana laporannya hanya menyokong kerajaan dan mengakui sudah hampir satu tahun beliau tidak membaca akhbar arus perdana."Untuk pengetahuan anda sudah hampir satu tahun saya langsung tidak membaca akhbar arus perdana."Biarpun ada benda yang mungkin saya terlepas kerana tidak membaca akhbar arus perdana tapi saya rasa dengan tidak membacanya pun saya sudah tahu, jadi tidak rugi.

No comments:

Cerita Dolu Dolu