Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 17, 2011

TAK PASAL-PASAL ISTERIKU MENANGIS DI VIETNAM.

Tentu sebelum ini ada yang pernah terbaca diblog atau mendapat e-mail berkenaan rakyat Malaysia di tahan di airport Thailand atas tuduhan mencuri atau mengambil barang yang dengan sengaja diletakkan oleh pekedai/penjual dalam beg atau bersama dengan belian. Contohnya anda membeli sekarton rokok dikedai free duty tiba-tiba anda diberi sekotak rokok lagi. Anda ingat ia percuma sebab anda tidak minta. Tiba-tiba anda ditahan oleh bahagian keselamatan dan dituduh mencuri dan untuk melepaskan anda dari pertuduhan ada yang meminta hinbgga puluhan ribu RM.

Isteri saya baru sahaja pergi melancung ke Vietnam selama 8 hari dan seperti biasa selain melawat tempat bersejarah, juga membeli -belah.

Semasa melalui imigresen untuk pulang telah ditanya pelbagai soalan termasuk barangan yang dibawa pulang - ugutan telah dikenakan keatas mereka (isteri dan rakan-rakan) kerana KONONNYA tidak dibenarkan membeli lebih dari yang diperlukan, maknanya beli untuk sendiri dan anak-beranak OK, untuk kawan-kawan kena bayar duty dan ada barangan dilarang, serta pertuduhan tidak membuat perisytiharan barang - WTF. Walhal tiada sebarang arahan bertulis berkaitan pengisytiharan barang. Semakan ke laman rasmi kerajaan Vietnam (bahagian Immigresen dan Kastam) ada menmperincikan barangan larangan seperti binatang eksotik, buah-buahan dsbnya. Duty juga ada diperincikan bagi barangan untuk diimport masuk.

Pengalaman menguruskan import dan eksport mendedahkan saya kepada tariff dan duty yang perlu dibayar termasuk duty barangan ASEAN, jadi kenyataan isteri saya amat pelik.

RUPANYA ianya merupakan ugutan secara lisan dan untuk pertuduhan tersebut diselesaikan USD50 dipinta ("tolong masuk dalam pasport" - pernah dengar?). Akhirnya isteri saya terpaksa juga membayar RM50 sebab duit dah tiada. Jika tidak? Ugutan penahanan semalaman dan sebagainya. Ini berlaku di Lapangan Terbang di Ho Chi Minh. Bukan tiada ejen yang menguruskan perjalanan semasa di Vietnam tapi ejen pun buat bodo ajer. . .  ejen pun kowtim jugak ke? 
Mungkin begini kata-kata ejen tersebut : " Itu grup aku bawak, dia orang beli barang sekian-sekian, jumlah sekian-sekian"

Tak pasal-pasal aje isteri ku menangis di Vietnam. 
Ha, lenkali jangan tinggalkan suami. kah kah kah

Saya tidak merasa pelik kerana pengalaman sebagai HR dan pernah mengurus pekerja Vietnam menceritakan bahawa rakyat Vietnam sendiri terpecah kepada dua kumpulan seperti yang kita maklum - Vietnam Utara (Hanoi Clan) dan Vietnam Selatan (HCM Clan) dimana Vietnam Selatan memang mempunyai perangai yang kasar berbanding Utara yang lebih beradap dan lemah-lembut. Mungkin akibat pergaulan dan kesan perang dengan Amerika tahun 70an?

Saya tidak pasti jika perkara yang sama berlaku di lapangan terbang Hanoi tetapi hampir kesemua rakyat Malaysia terkena dengan tuduhan tidak mengikrar barangan dibawa pulang - ikrar barangan masuk tu biasa lah. Memang benda yang pelik bagi sesebuah negara melarang pelancung berbelanja dan membeli belah dinegaranya kerana ianya melibatklan ekonomi negara tersebut dan pengaliran masuk wang tunai yang banyak. Itulah sebabnya teramat sedikit baranagn dikenakan cukai eksport berbanding cukai import.

Kesimpulannya : 
1. Pastikan semua kenyataan berkaitan pengisytiharan barangan dibawa keluar-masuk disetiap negara. Ianya berbeza antara satu negara kesatu negara. Pengisytiharan bawa wang keluar atau masuk hampir meliputi semua negara dan ianya melibatkan secara umumnya jika melebihi USD10,000.

2. Pastikan anda mempunyai nombor kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia untuk dihubung jika berlaku masalah seperti perkara diatas.

3. Jangan berbelanja sampai licin. Simpan sedikit untuk kecemasan dalam RM100-200 jika boleh.

4. Gunalah agen yang diiktiraf dan boleh dihubungi (contact) di Malaysia agar boleh buat komplen jika berlaku perkara tidak diingini. (Rujukan dengan ejen yang kami guna semasa melancung ke Jakarta/Bandung tempohari; grup yang mereka uruskan tidak pernah menghadapi atau ada pengalaman sedemikian.)

Lain-lain perkara :
Halal tour yang dorang selalu ceritakan tu janganlah percaya sangat - jadi kalau rasa kurang yakin dan teramat mempunyai tekak Melayu, takyah lah pegi.


No comments:

Cerita Dolu Dolu