Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 14, 2011

BUKAN FIRDOUZ SAJA, MAIL KIJO PUN SAMA AUTANYA.

Berikut adalah respon Yayasan Selangor kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh 13.06.2011 Muka 9
bertajuk “Kerajaan Selangor amal diskriminasi – Firdouz”
Sehingga catatan ini di buat (14.06.2011), Yayasan Selangor tidak pernah memohon atau menerima sebarang Lot Tanah di Kampong Melayu Subang Tambahan kononnya hasil daripada “rampasan” Kerajaan Negeri Selangor.
Kenyataan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, yang menyatakan “tindakan” di atas menyusahkan penduduk adalah kenyataan yang meleset, TIDAK tepat, berniat jahat dan fitnah.
Beliau  mengulangi gesaan Pengerusi GPMS Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Salleh meminta Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan “kehilangan” wang Yayasan Selangor sebanyak “RM80j” sejak 2008.
Penjelasan:-
Gesaan Firdouz adalah lanjutan dari kenyataan Datuk Ismail Kijo, Ketua UMNO Bahagian Ampang yang dipetik daripada UMNO-Online yang menyatakan kononnya sewaktu mantan Pengurus Besar Yayasan Selangor Takril Tasuki pencen (pada 28.02.2010), dia meninggalkan wang tunai lebih RM80 juta.
Perlu ditegaskan bahawa semasa Ilham menjawat jawatan Pengurus Besar YS pada 15 April 2010 (Omar Hasbullah Pemangku PB 01.03.2010 – 14.04.2010) , jumlah simpanan dan tunai di Akaun bank Yayasan Selangor ialah sebanyak RM59.5 juta, bukan RM80 juta.
Sehingga kini, Yayasan Selangor mempunyai simpanan tetap dan tunai di bank berjumlah RM56.7 juta. Berdasarkan fakta ini, Yayasan Selangor berasa hairan daripada manakah angka RM80 juta itu muncul? Petik dari langit atau di utus Setan Laknatullah dan juak-juak nya?
Kedudukan kewangan YS adalah seperti berikut:-
Ilham Marzuki General Manager Yayasan Selangor 14.06.2011 Petaling Jaya

No comments:

Cerita Dolu Dolu