Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 27, 2011

RASA TERLALU PELIK DENGAN PERTUDUHAN INI.

Semua sibuk fasal BERSIH, manakah munasabahnya bawa baju tulis Rashid Maidin, Chin Peng berbagai? Berapa helai yang kononnya dfirampas itu? Sehelai? 100 helai? Kalau ada sesiapa nak jual pun ada ke orang nak beli? Rasanya tak mungkin. Merasai kembali ke tahun 80an apabila pelajar sosiologi dan juga perundangan di UM telah dikatakan cuba menganuti fahaman Komunis kerana menyimpan buku-buku tulisan Karl Marx. Walhal ianya melibatkan pembelajaran dan case-study dalam pembelajaran. Adakah buku-buku tersebut yang dahulunya ada di perpustakaan Universiti telah dimusnahkan? 
Cubaan Hidupkan Komunisme Satu Rancangan Jahat - Rais
KUALA LUMPUR: Cubaan pihak tertentu untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini merupakan rancangan jahat untuk merampas kuasa secara haram dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata rancangan itu jelas menunjukkan pihak terbabit tidak mempunyai cara lain untuk mempengaruhi rakyat, sehingga sanggup menghidupkan fahaman yang menyalahi undang-undang negara.
"Fahaman dan amalan komunisme di Malaysia adalah haram di sisi undang-undang dan tidak diiktiraf di Malaysia dan ini telahpun distemkan dalam perjuangan negara, dalam semangat perlembagaan dan juga dalam segala amalan demokrasi.
"Ia bukan sahaja diharamkan di sini malah di Singapura, Brunei dan negara-negara lain. Perkara ini (sepatutnya) tidak timbul lagi," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Rais berkata perkara terbabit tidak seharusnya dipermainkan atau dijadikan bahan politik dan tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka yang terlibat. "Rakyat yang mempunyai pemikiran waras, berkeluarga, berpendidikan, berniaga dan mempunyai kepentingan lain, harus bangkit menentang program jahat yang tidak sah di sisi undang-undang negara ini," katanya.
Semalam, polis menahan sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di plaza Tol Sungai Dua di Kuala Batas dan merampas pelbagai barangan seperti risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah yang mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).
Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu