Pegawai Kastam Ditemui Maut Dipercayai Terjatuh di Bangunan SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai bilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.
Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.
Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.
Bagaimanapun, beliau kemudian pegawai kastam berkenaan tidak ada, kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.
No comments:
Post a Comment