Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, April 04, 2011

BANYAK USUL LEBIH BESAR HARUS DIBINCANGKAN

Bagaimana dengan isu video atau fatwa terhadap mereka yang menayang atau menontonnya? Bagaimana dengan fatwa berkenaan ISA - hukuman tanpa bicara? Bagaimana dengan fatwa terhadap mereka yang telah dikenakan tindakan rasuah politik - apakah yang perlu rakyat ataupun ulama/imam lakukan - kot-kot la keluar fatwa macam kat Indon.... Poco-poco tu besar sangat ke?
Poco-Poco: Majlis Fatwa Kebangsaan Bincang 20 April Ini
PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengadakan mesyuarat pada 20 April ini bagi memutuskan pendiriannya berhubung pengharaman tarian poco-poco yang seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusinya, Prof Tan Sri Abdul Shukur Husin.
"Tarikh ini telah ditentukan lebih awal sebelum ia diharamkan lagi. Pengerusi sendiri telah minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) aturkan muzakarah mengenai isu poco-poco,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Fatwa Perak memutuskan tarian tersebut sebagai haram.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 26 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang juga Ketua Pengarah Jakim berkata, masih ada isu yang lebih besar perlu diberi perhatian berbanding tarian poco-poco tersebut.
“Muzakarah akan diadakan seperti yang jadualkan, insya-Allah. Setakat ini kita tidak ada desakan untuk awalkan perbincangan mengenainya,” katanya.
Mengenai kekeliruan yang timbul apabila ada negeri yang mengambil pendirian untuk tidak mengharamkan tarian poco-poco itu, beliau berkata adalah lebih baik semua pihak menunggu pendirian yang akan diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu nanti.
"Keputusan Majlis Fatwa Negeri tertakluk kepada penguatkuasaan yang dibuat oleh mereka," katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu