Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 15, 2011

BOLEHKAH KATA-KATA PELACUR DITERIMA?

Berita dibawah dipetik dari KOSMO. Jika diteliti isi kandungan berita tajuk tersebut boleh memberi banyak persepsi. Adakah video tersebut TERAMAT JELAS hingga boleh mengenal pasti pelaku termasuk pelacur tersebut. Betulkah wanita tersebut seorang pelacur? Siapa yang mengatakan dia seorang pelacur kecuali mereka yang terlibat membawa wanita tersebut dari rumah pelacuran? Pelacur menjual tubuhnya demi wang ringgit. 

Jika diberi pilihan ramai pelacur tidak mahu melakukan kerja sebagai pelacur walaupun mungkin ada segelintir yang tidak merasa bersalah. Jika mempunyai wang yan boleh membina hidup tanpa melacur, mereka sudah pasti akan meninggalkan kerja tersebut. Apabila seorang pelacur memberi keterangan, apakah pula kebarangkalian dia telah dibayar untuk membuat pengakuan HATTA mungkin bukan dia didalam video tersebut? 

Dengan jumlahwang yang lumayan, tidak mustahil sesiapapun boleh mengaku sebagai pelacur tersebut. Saya tidak berminat hendak memberi huraian panjang atau analisa kerana tiada maknanya membuka aib seseorang apatah lagi jika orang yang dituduh tidak terlibat dan ianya menjadi fitnah tetapi saksi perlulah seseorang yang boleh dipercayai. 

Dalam kes video tersebut - baliklah kepada Quran dan Hadis - paling mudah, untuk menuduh seseorang berzina amat mudah tetapi menjadi saksi? "Hendaklah saksi itu melihatnya sendiri seperti melihat jari dimasukkan kedalam botol" - Au Qama Qaal.

Pelacur dalam video beri keterangan


KUALA LUMPUR – Siasatan terkini ke atas video seks yang pelakunya seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang memasuki episod baru apabila polis mengesahkan telah merakamkan percakapan semua individu terlibat termasuk pelacur yang dikaitkan dalam kes tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti pelaku dalam video seks berkenaan juga telah dikenal pasti selepas siasatan terperinci dilakukan oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai identiti pelaku dalam video seks itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis.
“Tidak kira di mana rakaman itu dirakam, yang penting kesahihan video itu penting. Imej itu tidak menggunakan teknik pertindihan.
“Identiti pelaku tersebut juga disahkan berdasarkan fakta-fakta yang kukuh,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.
Kosmo! pada 22 Mac lalu melaporkan tindakan sekumpulan tiga tokoh yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T membuat pendedahan mengenai rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China di sebuah hotel.

No comments:

Cerita Dolu Dolu