Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 15, 2011

BILA AGAKNYA SENATOR BOY NAK DAPAT SURAT? LEPAS SARAWAK?


Murugiah sahkan tidak disambung senator, gugur timbalan menteri

April 14, 2011
IPOH, 14 April — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mengesahkan beliau telah menerima surat memaklumkan jawatannya sebagai anggota Dewan Negara tidak akan disambung.

Laporan media hari ini memetik Murugiah(gambar) sebagai berkata beliau akur dengan kepimpinan parti dan Barisan Nasional (BN).
“Saya akur dengan keputusan parti. Ini kerana telah ada peraturan dan perjanjian yang ditetapkan jelas yang seseorang ahli yang dilantik tidak boleh memegang jawatan itu lebih daripada tempoh masa yang ditetapkan.
“Keputusan itu menjadikan saya orang pertama yang melaluinya dan sebagai ahli parti MIC saya harus mematuhinya demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN),” kata laporan Berita Harian yang memetik Bernama.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Murugiah akan digugurkan sebagai timbalan menteri ekoran kedudukannya sebagai Senator yang berakhir Isnin ini tidak disambung.
MIC dipercayai akan mencalonkan Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk PK Suppiah, bagi menggantikan tempat bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) yang menyertai MIC tahun lalu.

No comments:

Cerita Dolu Dolu