Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, February 14, 2011

PENEMUAN MENARIK ALAF BARU

Tamadun manusia tertua ditemui



MOKHTAR menunjukkan bengkel masyarakat paleolitik tertua yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak semalam.




LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.
Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.
Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.
Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.

2 comments:

pakwe said...

ntah2 mayat orng kene bunuh kot pak cik..

ahahahahaha

anti meLAYU BODOH.... said...

salam...
dalam Quran dan kitab islam ada cerita tentang salasilah nabi dan rasul, sejak dari nabi adam..
gunakanlah sebagai panduan utk kira betul ke 1.8 juta tahun..
hee.hheee..heee...tak logik benar nie..sejak zaman nabi adam berkait dengan nabi idris dan seterusnye..kebanyakkannya berkait dan masa tanpa rasul dan nabi agak tak lama.takde pun jarak antara nabi hingga 1000 tahun..kira lah elok2 agar tak tertipu..

Cerita Dolu Dolu