Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 16, 2011

MUBARAK MUNGKIN ADA DI MESIR (MESIR DI THE WORLD - DUBAI)

Mubarak Mungkin Hidup Dalam Buangan Di Dubai
13/02/2011   Share 


KAHERAH 13 FEB : Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sekarang berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh selepas meletakkan jawatan atas desakan rakyat kelmarin, kemungkinan akan berhijrah ke Dubai.
Akhbar Britain, The Guardian melaporkan semalam perbincangan sudah diadakan di antara beberapa negara Arab dan Amerika Syarikat berhubung destinasi selanjutnya bagi Mubarak yang lari bersama keluarga ke pusat peranginan laut Merah Mesir ini, selepas melepaskan kuasa kepada tentera.
Satu isu penting bagi memilih destinasi 'persaraannya' ialah bagi memastikan bekas presiden itu akan menikmati kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan menyebabkan 300 kematian ketika bantahan rakyat selama 18 hari dan salah guna kuasa oleh pasukan keselamatan.

Sebelum ini, Mubarak dilaporkan mungkin menuju ke Jerman tempat beliau berehat selama tiga minggu selepas menjalani pembedahan Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas naib presiden, Omar Suleiman Rabu lalu menafikan laporan itu dan pihak berkuasa di Jerman juga menafikannya.

Kemungkinan Mubarak bersara di Sharm el-Sheikh adalah sesuatu yang dijangkakan kerana beliau akan terdedah kepada kemungkinan diheret ke mahkamah di atas jenayah kemanusiaan dan rasuah. 
Menurut akhbar al-Quds al-Arabi yang berpangkalan di London, isu kekayaan yang dihimpun Mubarak dan keluarganya turut akan menentukan destinasi persaraan bekas presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu.

Pakar sebelum ini menganggarkan Mubarak dan keluarga berkemungkinan mempunyai harta £43.5 bilion (RM210 bilion) dengan kebanyakan di bank Britain dan Switzerland atau dilabur dalam hartanah di London, New York, Los Angeles dan pantai di pesisir Laut Merah.

Sementara itu, seorang pegawai lapangan terbang Kaherah, berkata pihaknya menerima senarai nama pegawai yang dikaitkan dengan rejim Mubarak yang tidak dibenarkan keluar negara.

Beliau enggan mendedahkan nama dalam senarai itu tetapi berkata bekas Menteri Penerangan, Anas el-Fiqqi menghantar begnya ke lapangan terbang tetapi tidak muncul untuk penerbangannya ke London, kemungkinan selepas mendengar namanya dalam senarai berkenaan.

"Senarai nama itu dikeluarkan mungkin untuk mengelak mereka yang berkuasa sebelum ini daripada lari daripada dikenakan sebarang tindakan," kata pegawai lapangan terbang itu.

Pihak tentera yang kini berkuasa semalam melonggarkan perintah berkurung yang dikenakan sejak 18 hari lalu dan mengenakan larangan terhadap pegawai dan bekas pegawai kerajaan daripada meninggalkan negara itu. - AP/Agensi  

No comments:

Cerita Dolu Dolu