Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 29, 2011

BISING TAK SEBELAH MENYEBELAH?

Dikatakan - pakaikanlah kain kafan yang baik-baik untuk jenazah kerana ahli kubur bermegah-megah dengan pakaian (kain kafan) mereka apabila bertemu. Ni sebelah-sebelah ada jumpa tak?


Isu Sempadan Kubur Islam, Jirat Cina Batu 3 S.Alam Selesai
29/01/2011   Share 



SHAH ALAM 29 JAN: Isu persempadanan semula tanah perkuburan Islam dan jirat Cina di Kawasan Batu Tiga Shah Alam berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu, penyelesaian dicapai hasil kata sepakat kedua-dua belah pihak dengan mengalihkan lokasi dewan yang menjadi punca persempadanan sebelum ini.
Mengulas lanjut perkara ini, Khalid berkata ia merupakan satu penyelesaian yang wajar dan terbaik dicapai setelah isu tanah perkuburan ini dibangkitkan sebelum Pakatan Rakyat memerintah Selangor lagi.
"Masalah ini berpunca daripada pemerintahan terdahulu yang kurang mengambil berat dan sekarang ini kita warisi masalah ini dan menerusi perbincangan kedua-dua pihak dan dapat menyelesaikan dengan baik," katanya.
Tambahnya lagi, hasil kata sepakat tersebut, kaum Cina bersetuju untuk meroboh dan membina baru dewan di atas sempadan yang sepatutnya.
Manakala beberapa buah jirat Cina yang terdapat di atas tanah perkuburan Melayu dibiarkan sahaja dengan membina pagar sebagai penanda aras sempadan bagi memisahkan kawasan perkuburan Islan dan jirat Cina.
"Oleh kerana kubur tersebut telah melanggari sempadan, maka pembinaan tempoh tersebut dibina dengan memastikan kubur tersebut berada dikawasan tanah perkuburan Cina," katanya.
Sebelum ini, penduduk Islam batu Tiga mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah pencerobohan tanah wakaf perkuburan Islam oleh persatuan Perkuburan Cina disitu ekoran pembinaan sebuah dewan Cina terletak dalam wakaf tanah perkuburan Islam.
Tanah Perkuburan yang berkeluasan 2.26 hektar itu dianggarkan boleh digunakan sehingga 30 tahun lagi untuk lima kawasan penempatan di situ namun penduduk mendakwa ia berkurangan sebanyak 1.66 hektar setelah dicerobohi.

No comments:

Cerita Dolu Dolu