Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 22, 2010

TAHUKAH ANDA PENANG MARATHON TELAH BERMULA DARI 1985 LAGI?

200 Orang Terlepas Penerbangan Kerana Penutupan Jambatan Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Lebih 200 orang, kebanyakannya pelancong terlepas penerbangan apabila tiba lewat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berikutan Jambatan Pulau Pinang ditutup untuk acara maraton tahunan.
Ramai terpaksa membatalkan rancangan percutian mereka selain terpaksa membeli tiket lebih mahal pada saat akhir bagi memastikan mereka dapat pergi destinasi masing-masing.
Pejabat The Star di Pulau Pinang dihujani dengan panggilan daripada penumpang-penumpang terbabit, termasuk antaranya mengadu kerana mereka sudah keluar lebih awal untuk ke lapangan terbang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Ahli perniagaan, Sunny Lim, 49, daripada Nibong Tebal berkata, dia meninggalkan rumah pada pukul 7 pagi bagi mengejar penerbangan ke Kuching pada pukul 9.55 pagi namun dia masih di dalam feri pada pukul 9.30 pagi.
“Saya mahu melalui jambatan tetapi terpaksa pulang semula apabila melihat lalu lintas sesak. Saya kemudiannya menuju ke terminal feri dan tepaksa menunggu lebih daripada dua jam sebelum menaiki feri.
“Saya tiada pilihan lain jadi membeli tiket RM700 ke Kuala Lumpur dan mengambil satu penerbangan lain untuk ke Kuching kerana sudah tiada lagi penerbangan terus dari Pulau Pinang ke destinasi itu,” katanya ketika ditemui di lapangan terbang.
Mekanik, Adib Jalaluddin, 21, amat kecewa dengan keadaan itu apabila dia dan keluarganya terpaksa membatalkan percutian mereka ke Kuching kerana tiba terlalu lewat untuk mendaftar masuk bagi penerbangan pada pukul 9.55 pagi.
Berdasarkan pemeriksaan dengan Malaysia Airports Bhd mendapati, kira-kira 200 penumpang terpaksa tidur semalaman di lapangan terbang itu kerana takut ketinggalan penerbangan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan kerajaan negeri, Danny Law Heng Kiang berkata, kerajaan negeri akan mengkaji langkah-langkah lebih proaktif bagi mengelakkan kejadian itu berulang pada masa akan datang.
“Kami sebenarnya telah memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan jambatan sejak bebebrapa bulan sebelum acara Jambatan Pulau Pinang Marathon Antarabangsa 2010 menerusi media dan peringatan di jambatan,” katanya.
Laluan trafik di Jambatan Pulau Pinang ditutup antara pukul 1 pagi hingga 10 pagi berikutan maraton tersebut membabitkan lebih 24,000 peserta.
Maraton pada tahun lepas pula telah menyebabkan seramai 14 pelancong Britain terlepas penerbangan untuk pulang apabila bas yang dinaiki mereka dari hotel di Batu Ferringhi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terpaksa menukar laluan ke terminal feri.

3 comments:

Anonymous said...

Terlepas flight jugak on that day. Sangat kecewa.

mahaza said...

Bersimapti atas musibah(?) yang menimpa. Mungkin maklumat tidak sampai melalui berita/suratkhabar jadi ramai terlepas pandang. Saya masukkan dlm entry dgn tajuk tersebut kerana ada unsur sindiran pada cara berita itu diwar-warkan... Penang Marathon saya pun tak tahu (lupa fasal tahun ini) sebab berita amat kurang...

Jutawan Pertanian said...

i join penang bridge nih.. dapat no 1133...

Cerita Dolu Dolu