Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 23, 2010

PAKATAN RAKYAT MALAYSIA (PRM?) Ada pulak yang tak setuju kang...

ROS Syor Nama Baru Pakatan Pembangkang
PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.
"Itulah kali terakhir kita bertemu mereka dan sehingga kini kita belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS. Kali terakhir kita bertemu ROS beberapa bulan lalu, mereka cadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah dengan perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia bagi cerminkan imej nasional.
"Tapi sampai sekarang kita tunggu... belum ada apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan kepada ROS untuk menjadi gabungan rasmi pada November tahun lalu bagi menggunakan satu lambang.
Bagaimanapun semalam BERNAMA melaporkan Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan pakatan pembangkang untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.
Ditanya sama ada Pakatan Rakyat menghadapi masalah dari segi ideologi parti komponennya, Saifuddin berkata pihak gabungan itu tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya hanya berkaitan soal taktikal.
"Apa yang disuarakan ialah kebimbangan jika kita gunakan satu lambang untuk bertanding pada pilihan raya iaitu kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman.
"Apa yang mereka faham apabila disebut pilihan raya (pertandingan) antara BN (Barisan Nasional) atau Umno lawan PAS... itu sahaja. Mereka kenal lambang dacing untuk BN dan lambang bulan untuk PAS.
"Apabila kita adakan satu simbol, lawan politik boleh kata PAS tak bertanding tahun ini sebab tak ada (lambang) bulan. Ini satu contoh yang kita dikautiri akan sebabkan kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman," katanya.

2 comments:

sudirumusibarat said...

"Pihaknya belum menerima permohonan pakatan pembangkang untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu"Datuk Md Alias Kalil Ketua Pengarah ROS ( BERNAMA)


"Apabila kita adakan satu simbol, lawan politik boleh kata PAS tak bertanding tahun ini sebab tak ada (lambang) bulan. Ini satu contoh yang kita dikautiri akan sebabkan kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman," Saifuddin Nasution


Ini masalah kecil, saya rasa boleh diselesaikan semasa kempen pilihan raya dari rumah ke rumah .(Apa gunanya kempen dari rumah ke rumah secara bersemuka) Mustahil orang tak percaya/tahu calon mewakili parti/pakatan.

Calon Pas jelas.Calon DAP jelas.Kecuali calon PKR(berbagai bangsa).Tetapi ini masalah kecil.

Hanya ada dua logo.Selebihnya logo parti bebas.Tak susah nak cam.

Tugas pemimpin sekarang membuat kata putus dan yakin logo baru yang hendak diterimapakai sebelum PRU13.

Jangan tunggu terlalu lama.Jangan nanti BN tuduh nak selesaikan isu logo pun bermasalah dan tiada kata sepakat.

mahaza said...

Setuju pandangan tersebut. Rasanya satu lambang lebih mudah dilihat atk keliru pun. Tapi rasanya lambang PR dah pasti cuma dolak dalik ROS aje nampaknya. Bila ROS cakap kat berita bukan semua kenyataan dari PR akan dpt dalam berita apatah lagi yang positif.

Cerita Dolu Dolu